Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Bilakah Malam Lailatul Qadar?

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN. PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI: I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN; III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN; IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN; V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 8 hb September 2010. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pad

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum.. Selamat menjalani ibadah puasa dan berterawikh.. Saling Ingat-Mengingatkan.. Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali.. 1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya.. 1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya. (Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya..) Nab

Kehebatan Surah al-Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim" Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat a

Ramadhan Al-Kareem

Sinar Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah swt kerana kita diberikan kesempatan dan peluang untuk berada dalam bulan yang penuh Barakah, Rahmat dan Maghfirah ini. Ramadhan adalah suatu bulan yang paling mulia dikurniakan oleh Allah untuk seluruh makhluk dibumi ini... Pintu rahmat dibuka, pahala dilipat gandakan, pintu keampunan terbuka luas, Al-quran diturunkan, dikurniakan pula Lailatul qadar dan segala perkara yang baik terkandung didalam bulan yang penuh barakah ini. Dibulan ini, Allah memberi peluang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya untuk merebut setiap butir mutiara ini.. Sabda Rasulullah s.a.w : “(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk

Istimewa Saat Ramadhan

Imej
"The month of Ramadhan in which was revealed the Quran, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance and the criterion (between the right and wrong)... ila akhir ayah" (Al- Baqarah:185) Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti: "Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan". Oleh ke

Ramadhan Bulan Ibadah, Bukan Bulan Juadah!

Bukan sekadar ingin bermadah Tetapi berpesan walau berkali sudah Ramadhan ini bulan ibadah Ramadhan bukan bulan juadah Bulan lain bukannya mudah Perut kenyang menganggu ibadah Kini ringan menitip zikir di lidah Jagalah puasa agar betul berfaedah Buka puasa ala kadar sudah Jangan sibuk Pasar Ramadhan digeledah Nafsu lapar cuba buat tak endah Turut nafsu itu mengundang padah Ampun dimohon dengan suara rendah Kenang dosa banyak diredah Pahala ditabur jangan tak tadah Buat bekal ke syurga nan indah Salam Ramadhan dari renungrenungkan.blogspot.com