Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Syaitan Dan Si Pembaca dan Pengamal Al-Quran

Hadis yang sangat Menarik: Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara

VIDEO GAMES YANG MENGHINA ISLAM: WAJIB BACA

Imej
1) Devil May Cry 3 KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah. Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah. Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah. Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu. Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan

Emak Pergi Mana?

Sekadar renungan.... Buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun: "Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..." "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik? " "Sepuluh." "Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari...

Kisah Nabi Musa dan Pelacur

Diriwayatkan bahawasanya Nabi yg paling banyak berdialog (berbual) secara langsung dengan Allah ialah tidak lain dan tidak bukan Nabi Musa AS. Diberitakan pada suatu hari, telah datang seorang wanita bertemu dgn Baginda. Berikut adalah perbualan antara wanita tersebut dengan Baginda nabi Musa AS (kurang lebih) :- Wanita : Tuan, saya telah banyak membuat dosa² dan saya ingin bertaubat dari dosa² itu.. Nabi Musa AS : Apakah dosa² itu? Wanita : Untuk pengetahuan Tuan, saya adalah seorang bekas pelacur. Telah terlalu lama saya melacurkan diri saya. Dan juga telah banyak kali saya mengandungkan dan melahirkan anak luar nikah. Dan tahukan Tuan bahawa setiap kali saya melahirkan anak luar nikah itu, maka saya akan bunuh anak² itu dengan tangan saya sendiri. Kini saya telah insaf dan ingin bertaubat atas dosa² saya itu... Setelah mendengar pengakuan wanita itu, maka Baginda merasa teramat marah dan memarahi wanita tersebut :- Nabi Musa AS : Tahukah apa yg telah kamu lakukan w

Amalan Sebelum Mula Berpuasa

Seperti yang telah kita pelajari semasa Kuliah Zohor Ust. Ahmad Arum semalam, antara amalan yang digalakkan untuk kita beramal adalah seperti berikut: 1. Masa - Selepas solat Maghrib / Selepas pengumuman mulanya berpuasa, kita membaca : Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali berturut-turut. Bertakbir sebanyak 3 kali. Membaca doa (dilampirkan) - Terjemahan doa adalah seperti berikut : " Segala puji bagi Allah serta yang menjadikan engkau (bulan) dan mentakbirkan tempat turunnya dan menjadikan engkau satu alamat kepada sekian alam. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah ia keatas kami dengan keamanan dan keselamatan serta Islam. Tuhan ku dan Tuhan mu." 2. Di malam pertama Ramadhan, sila pastikan / wajibkan diri melakukan amalan-amalan di bulan Ramadhan iaitu: Solat Terawikh berjemaah Bertadarus Al Quran Betahajjud Bersahur Solat Fardu berjemaah Melakukan amalan-amalan di ata s (a - e) dimalam pertama Ramadhan akan memudahkan kita untuk berterusan beramal disep

Tidur Selepas Asar: Apa Hukumnya?

"Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri". Kedudukan Hadis: Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[Silsilah al Ahadith ad Dhaifah wa al Maudhu'ah - al Albani - hadis no. 39 dan Dhaif al Jami' al Shaghir - hadis no. 5861]. Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah didhaifkan oleh al Haithami [Majma' al Zawaaid - al Haithami - hadis no. 8254]. Ulasan: Setahu penulis, tidur selepas Asar belum dibuktikan kemudharatannya dari segi perubatan. Kalaulah sekiranya dapat dibuktikan dari segi perubatan bahawa perbuatan ini memberikan kesan kepada akal manusia, maka kita akan menyatakan bahawa ia dilarang berhujahkan kenyataan dari aspek perubatan tersebut dan bukannya berhujahkan hadis yang tidak sahih ini. Hadis dhaif dan palsu tetap tidak boleh dijadikan hujah atau dalil untuk melarang sesuatu perkara yang asalnya tidak

KU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Ka

Syaitan

When you carry the Qur'an, Syaitan gets a headache. When you open it, he collapses. When he sees you reading it, he faints. When he sees that you are living what you read, he flees. And when you are about to forward this message, he will try and discourage you.

Pesan Nabi Sebelum Tidur

Assalamualaikum… SEBELUM Tidur Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an , 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir , 3. Sebelum para muslim meredhoi kamu , 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh…. "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x ) Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x ) Beristighfarlah un

Diam itu Lebih Baik

Assalamualaikum, Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." (Mutafaq 'alaih) Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. " Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. " Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku

Lepas Baca Pergilah Melihat Wajah Ibu & Bapa Anda. Apa perasaan anda?

Mari kita selusuri selengkar tragedi guna muhasabah diri bagi yang masih mempunyai ummi mahupun ummi yang telah aman di alam haribaan Ilahi Saya ingin kongsikan pula pengalaman seorang anggota bomba yang sering berhadapan dengan keadaan gawat lewat kemalangan ngeri dan bunyi geruh nafas akhir serta wajah-wajah kematian. Saya kongsikan cerita beliau; Pada satu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksima. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya. Di sebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ terkapit di antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat. Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapa