Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Al-Quran

Surah Al-Kautsar: Surah penawar

Imej
Jom kita amalkan bersama Surah  Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga. 3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika ru...

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari...

Kehebatan Surah al-Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim" Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat a...

Hedonisme, Islam dan Kita Pada Masa Kini

Saya telah ditanya mengenai topik ini melalui laman Facebook dari seorang teman disana. Katanya mulakan chat thread, "Salam, boleh saya tanya satu soalan. Apa pndapat tuan tentang sejarah hedonisme" Maka saya menjawab, "Izinkan saya muzakarah dengan ustaz-ustaz dahulu dan kemudia saya akan tulis satu artikel mengenainya". Secara kasarnya hesonisme adalah mengenai kesukaan dunia seperti: keseronokkan makan, keseronokkan main seks, keseronokkan berpesta dan sebagainya. Di bandar-bandar besar sekarang juga banyak tempat berseronoka-seronok dan tidak hanya berupa tempat pelacuran, mada juga café dan bar, salon dengan service plus dan sebagainya kita mengatakan bahawa nampaknya masa sekarang hedonisme mendapatkan tempat yang cukup tinggi dikalangan masyarakat. Bahkan masyarakat sekarang dikatakan sebagai masyarakat yang mengagung-agungkan kenikmatan jasmani, dengan kata lain memuja perwatakan hedonisma itu sendiri. Rumusan mengenai sejarah hedonisme adalah begini mengiku...