Hidup hanya 3 Hari + 2 Nafas
"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga. Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan sy...