Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ramadhan

Doa Akhir Ramadan

Imej
Doa Akhir Ramadan Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami. Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami. Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan. Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami. Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang. Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seor...

Ramadhan: Peluang Seluas-luasnya dari Pencipta kepada hamba-hambaNya

Ramadhan 1435H Ramadhan adalah suatu bulan yang paling mulia dikurniakan oleh Allah untuk seluruh makhluk dibumi ini... Pintu rahmat dibuka, pahala dilipat gandakan, pintu keampunan terbuka luas, Al-quran diturunkan, dikurniakan pula Lailatul qadar dan segala perkara yang baik terkandung didalam bulan yang penuh barakah ini.     Dibulan ini, Allah memberi peluang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya untuk merebut setiap butir mutiara ini..  Sabda Rasulullah s.a.w : “(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”     (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)  ...

Fadhilat Ramadhan

Fadhilat Bulan Ramadhan 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi) 2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi) 3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi) 4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang ...

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat  diriku   yang sering terlepas pandang.  Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan  buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak  kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:   "Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya.   "Mana bapak?"   "Bapak pergi kerja..."   "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi  dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik? " "Sepuluh." "Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan."   "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh."   "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak...

Amalan Sebelum Mula Berpuasa

Seperti yang telah kita pelajari semasa Kuliah Zohor Ust. Ahmad Arum semalam, antara amalan yang digalakkan untuk kita beramal adalah seperti berikut: 1. Masa - Selepas solat Maghrib / Selepas pengumuman mulanya berpuasa, kita membaca : Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali berturut-turut. Bertakbir sebanyak 3 kali. Membaca doa (dilampirkan) - Terjemahan doa adalah seperti berikut : " Segala puji bagi Allah serta yang menjadikan engkau (bulan) dan mentakbirkan tempat turunnya dan menjadikan engkau satu alamat kepada sekian alam. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah ia keatas kami dengan keamanan dan keselamatan serta Islam. Tuhan ku dan Tuhan mu." 2. Di malam pertama Ramadhan, sila pastikan / wajibkan diri melakukan amalan-amalan di bulan Ramadhan iaitu: Solat Terawikh berjemaah Bertadarus Al Quran Betahajjud Bersahur Solat Fardu berjemaah Melakukan amalan-amalan di ata s (a - e) dimalam pertama Ramadhan akan memudahkan kita untuk berterusan beramal disep...

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum.. Selamat menjalani ibadah puasa dan berterawikh.. Saling Ingat-Mengingatkan.. Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali.. 1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya.. 1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya. (Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya..) Nab...

Ramadhan Al-Kareem

Sinar Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah swt kerana kita diberikan kesempatan dan peluang untuk berada dalam bulan yang penuh Barakah, Rahmat dan Maghfirah ini. Ramadhan adalah suatu bulan yang paling mulia dikurniakan oleh Allah untuk seluruh makhluk dibumi ini... Pintu rahmat dibuka, pahala dilipat gandakan, pintu keampunan terbuka luas, Al-quran diturunkan, dikurniakan pula Lailatul qadar dan segala perkara yang baik terkandung didalam bulan yang penuh barakah ini. Dibulan ini, Allah memberi peluang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya untuk merebut setiap butir mutiara ini.. Sabda Rasulullah s.a.w : “(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk...

Istimewa Saat Ramadhan

Imej
"The month of Ramadhan in which was revealed the Quran, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance and the criterion (between the right and wrong)... ila akhir ayah" (Al- Baqarah:185) Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti: "Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan". Oleh ke...

Ramadhan Bulan Ibadah, Bukan Bulan Juadah!

Bukan sekadar ingin bermadah Tetapi berpesan walau berkali sudah Ramadhan ini bulan ibadah Ramadhan bukan bulan juadah Bulan lain bukannya mudah Perut kenyang menganggu ibadah Kini ringan menitip zikir di lidah Jagalah puasa agar betul berfaedah Buka puasa ala kadar sudah Jangan sibuk Pasar Ramadhan digeledah Nafsu lapar cuba buat tak endah Turut nafsu itu mengundang padah Ampun dimohon dengan suara rendah Kenang dosa banyak diredah Pahala ditabur jangan tak tadah Buat bekal ke syurga nan indah Salam Ramadhan dari renungrenungkan.blogspot.com