Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari raya korban

Doa Arafah

Imej
DOA ARAFAH  Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah: 1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus 2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami. 3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.   Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw). 4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus. 5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu. 6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu. 7.   Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku....

Puasa Sunat (Hari 'Arafah)

PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH) Bilakah hari 'Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari 'Arafah? Hari 'Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari 'Arafah" (Riwayat Imam Muslim). Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari 'Arafah. Baginda bersabda; "(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang" (Riwayat Imam Muslim). Adakah sunat berpuasa pada hari 'Arafah itu ada pengecualian? Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu. Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulul...

Kelebihan Bulan Zulhijjah Sepuluh Hari Pertama

Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda. Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya t...