Catatan

Puisi Ramadhan: Rindu Bertamu

Ya ALLAH... Rindunya aku padanya.. Antara dua belas yang kukenal.. Dia yang paling istimewa.. Sungguh istimewa.. Tidak kunafikan.. Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?.. Adakah dia rindu untuk menemuiku?.. Rindukah dia kepadaku?.. Aku selalu mensia-siakan kehadirannya.. Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh.. Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata.. Terkadang hatiku tidak tulus.. Sedangkan dia Kau kurniakan.. Dia yang Engkau tentukan.. Yang mentarbiyah aku.. Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH.. Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka.. Membersihkan hatiku dari noda yang silam.. Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu.. Berdosanya aku.. ALLAH Ya Rahim... Ampunilah aku.. Berikanlah aku peluang kali ini.. Untukku membetulkan apa yang aku silap.. Menampal mana yang terkoyak.. Aku rindukan dia Ya ALLAH.. Sebelum mataku rapat terpejam.. Izinkan aku mengecap bahagia bersamanya... Ramadhan...

Fadhilat Ramadhan

Fadhilat Bulan Ramadhan 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi) 2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi) 3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi) 4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang ...

Sinar Ramadhan 2013 Kembali Lagi

Sinar Ramadhan tiba lagi.... Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah swt kerana kita diberikan kesempatan dan peluang untuk berada dalam bulan yang penuh Barakah, Rahmat dan Maghfirah ini. Ramadhan adalah suatu bulan yang paling mulia dikurniakan oleh Allah untuk seluruh makhluk dibumi ini... Pintu rahmat dibuka, pahala dilipat gandakan, pintu keampunan terbuka luas, Al-quran diturunkan, dikurniakan pula Lailatul qadar dan segala perkara yang baik terkandung didalam bulan yang penuh barakah ini. Dibulan ini, Allah memberi peluang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya untuk merebut setiap butir mutiara ini.. Sabda Rasulullah s.a.w : “(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puas...

10 Amalan dalam Budaya Kita yang Terbalik dengan Islam

Alhamdulillah.....peringatan sebeginilah yang amat penting dalam zaman kita skrg ni.....InsyaAllah, kita akan renung2kan dan amalkan...tinggalkan yang telah menjadi amalan terbalik kita selama ini. Terima kasih atas peringatan ini. Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Ke...

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat  diriku   yang sering terlepas pandang.  Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan  buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak  kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:   "Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya.   "Mana bapak?"   "Bapak pergi kerja..."   "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi  dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik? " "Sepuluh." "Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan."   "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh."   "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak...

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya. Saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya. Cerita yang saya dengar itu begini: Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT. Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia m...

Doa Elak Belenggu Hutang

Apa khabar? Semoga anda dapat mengamalkan doa berikut untuk mengelakkan diri dari belenggu hutang. "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kerunsingan dan dukacita; aku berlindung dengan-Mu dari kelemahan dan kemalasan; aku berlindung dengan-Mu dari perasaan penakut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu dari belenggu hutang dan kekasaran orang."