MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah
berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun
Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari
sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang',
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al
Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas
dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang
gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
w Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
w Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
w Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
w Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
w Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
w Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
w Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
w Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
w Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam.
w Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun.
w Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
w Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
w Hari pertama Allah menciptakan alam.
w Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
w Hari pertama Allah menurunkan hujan.
w Allah menjadikan 'Arasy
w Allah menjadikan Luh Mahfuz.
w Allah menjadikan alam.
w Allah menjadikan Malaikat Jibril.
w Nabi Isa diangkat ke langit.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
v Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan
melapangkan hidupnya pada tahun ini.
v Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya
dalam kubur nanti.
v Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan
memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
v Menunjukkan jalan pada orang yang sesat. Fadilatnya - Allah akan
memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
v Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang
disapunya.
v Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil
sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua
fakir miskin di dunia ini.
v Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan
hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
v Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah
Taala."
v Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
v Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah
akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
v Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti
memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

v Puasa Sunat. LafazNiat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari
Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali
Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya
daripada neraka.
v Membaca (sekurangnya 70 kali) "Has biallahhu wa nik mal wa keel,
nikmal maula wa nikmannaseer <Cukuplah Engkau(Allah) tempat aku
berpeganag. Engkau sebaik-baik tempatku berpegang dan tempatku
meminta pertolongan>". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
v Sembahyang sunat empat rakaat dengan dua salam. Fadilatnya - Allah
akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya. Lafaz niat: "Usolli sunnatal 'Asyuura rak'ataini
lillaahi ta'aala <Sahaja aku sembahyang sunat Asyura dua rakaat
kerana Allah Taala>." Pada rakaat pertama dan kedua selepas
Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. Selepas itu, elok di baca
doa Hari 'Asyura : "Subhanallaahi mil-ul miizaan, wamuntahal
'ilmi wamablaghar ridhaa wazinatal 'arsyi laa manjaa-a minallaahi
illaa ilaih. Subhaanallaahu 'adadasy syaf 'i walwatri wa- 'adada
yaa arhamar raahimiin. Walaa haula walaa quwata illaa billaahil
maulaa wani'man naseer <Maha Suci Allah sepenuh timbangan,
sejauh ilmu, sebanyak keredhaan, setimbang `Arasy, tidak ada
tempat berlepas dan bersandar hanya kepada Allah. Maha Suci
Allah sebanyak tunggal dan yang sejodoh, yang kuasa hanya Engkau
Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Cukuplah Engkau tempat aku
berpegang. Engkau sebaik-baik tempatku berpegang dan tempatku
meminta pertolongan>"
##### Wassallam ##

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan