Puasa Sunat (Hari 'Arafah)
PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH) Bilakah hari 'Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari 'Arafah? Hari 'Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari 'Arafah" (Riwayat Imam Muslim). Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari 'Arafah. Baginda bersabda; "(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang" (Riwayat Imam Muslim). Adakah sunat berpuasa pada hari 'Arafah itu ada pengecualian? Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu. Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulul...