Isnin, 27 Disember 2010

Inikah Balasan Isteri Derhaka Suami?

Kisah ini saya petik dari suatu laman web. Kisahnya benar-benar menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

"Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!" jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

" Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya" demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

"Tempat awk di sana!" kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. "Nak alas, cari sendiri," kata Halim, lalu menyindir "itupun kalau awak ingat kat mana nak cari…." Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

"Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?" Halim melepaskan paku buah keras. "Bukan macam tu bang, saya…" tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas " Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?"

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

"Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!" kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. " Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu," katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

"Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana," jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

"Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?" saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

" Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak," kata Haji Shafie kesal.

"Dia marah lagi agaknya," saya menyambung.

"Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku," tambah Haji Shafie.

"Kalau macam tu," tambah saya," bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia."

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

"Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu," Haji Shafie merayu.

" Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…' tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

" Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni," Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. "Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan," kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . " Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! " katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

"Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…"dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

"Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…" ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

"Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia," kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

" Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim," kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

" Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya," kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

"Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang.." katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

"Yalah…"jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; " Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman ".

" Terima kasih ustaz," balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

"Ustaz," Halim memulakan ceritanya, "Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak."

"Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita."

" Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?"

"Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad."

"Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi."

"Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka '."

Cukup menginsafkan, kan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain.
Wallahualam.

Rabu, 22 Disember 2010

Kamu Solat Lima Waktu Tetapi...

Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya
kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu
padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi.
...

kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang
memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu ,
membeli rumah , kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih belum puas ,
kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi
.....

kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu ,
menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah
keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak
tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi
....

kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu ,
dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di
sisi kamu itu.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi..
..

kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan
wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
.

kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada
fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi.
...

kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya
dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu
hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu
raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi.
...

kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu
sesuatu musibah itu datang daripada Allah.
Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?


Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun
menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal
ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:

"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Sabtu, 18 Disember 2010

Petanda Akhir Zaman

Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....



Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.

Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:

- Lake of Gennesaret

- Lake Kinneret

- Sea of Tiberias



Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...



Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.



Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.

dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:

- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...

- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)

- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???

- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....

- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...

-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,

dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...

-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...



Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.



Ketahuilah mereka bertiga ialah:

- Al Masih Imam Mahadi

- Al Masih Dajjal

- Al Masih Isa



Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!





Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.

Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......



KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...



Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan



Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...



Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:

-melangsaikan hutang dunia

-membeli tanah di kawasan pedalaman

-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung

-membeli kuda seorang dua ekor

-mengasah pedang dan mencanai keris

-menguasai kembali teknik MEMANAH

-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang



Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...



Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNANabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.



Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)

Khamis, 16 Disember 2010

Hari Asyura (10 Muharram)

Hari Asyura (10 Muharram)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah
berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda
tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh
orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w.
mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan
kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum
puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur
makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari
asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai
perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah,
Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun
bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka,
kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak
daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang
lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang
tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat
menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi
ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda,
"semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'),
kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah
jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Wassalam

Rabu, 15 Disember 2010

Syaitan Membantu ke Masjid?

Seorang pemuda bangun pagi-pagi buta utk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, lagi, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda. Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

Lelaki itu menjawab "Aku adalah IBLIS (setan)" Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Setan kemudian menjelaskan, Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid.

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu. Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai di masjid dgn selamat.

Moral:
Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut.

Selasa, 14 Disember 2010

60 Pintu Pahala dan Pelebur Dosa



60 PINTU PAHALA DAN PELEBUR DOSA


Segala puji bagi Allah Rabb alam semesta, shalawat dan salam semoga
tetap tercurah kepada Nabi dan utusan yang paling mulia.

Risalah ini ditujukan kepada setiap muslim yang beribadah kepada Allah
semata dan tidak mempersekutukan- Nya dengan sesuatu apapun. Tujuan
utama bagi setiap muslim adalah ia keluar meninggalkan dunia fana ini
dengan ampunan Allah dari segala dosa sehingga Allah tidak menghisabnya
pada hari Kiamat, dan memasukkannya ke dalam syurga kenikmatan, hidup
kekal didalamnya, selama-lamanya.

Di dalam risalah yang sederhana ini disampaikan beberapa amalan yang
dapat melebur dosa dan membawa pahala yang besar, yang kesemuanya
bersumber dari hadis-hadis yang shahih. Kita bermohon kepada Allah yang
Maha Hidup, yang tiada Tuhan yang haq selain Dia, untuk menerima segala
amalan kita. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

1. TAUBAT

"Barangsiapa yang bertaubatbat sebelum matahari terbit dari barat,
niscaya Allah akan mengampuninya" HR. Muslim, No. 2703.

"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima taubat seorang hamba selama
ruh belum sampai ketenggorokan" .

2. KELUAR UNTUK MENUNTUT ILMU

"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah
memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju syurga" HR. Muslim,
No. 2699.

3. SENANTIASA MENGINGAT ALLAH

"Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik,
tersuci disisi Allah, tertinggi dalam tingkatan derajat, lebih utama
daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi
musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan mereka pun menebas batang
leher kalian. Mereka berkata: "Tentu", lalu beliau bersabda: ( Zikir
kepada Allah Ta`ala )" HR. At Turmidzi, No. 3347.

4. BERBUAT YANG MA`RUF DAN MENUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN

"Setiap yang ma`ruf adalah shadaqah, dan orang yang menunjukkan jalan
kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya" HR. Bukhari,
Juz. X/ No. 374 dan Muslim, No. 1005.

5. BERDA`WAH KEPADA ALLAH

"Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka
baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi
pahala mereka sedikitpun" HR. Muslim, No. 2674.

6. MENGAJAK YANG MA`RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR
"Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah
ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka
dengan lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan hatinya dan itu
adalah selemah-lemahnya iman" HR. Muslim, No. 804.

7. MEMBACA AL QURAN

"Bacalah Al Qur`an, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat
untuk memberikan syafa`at kepada pembacanya" HR. Muslim, No. 49.

8. MEMPELAJARI AL QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur`an dan
mengajarkannya"
HR. Bukhari, Juz. IX/No. 66.

9. MENYEBARKAN SALAM

"Kalian tidak akan masuk syurga sehingga beriman, dan tidaklah kalian
beriman (sempurna) sehingga berkasih sayang. Maukah aku tunjukan suatu
amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara
kalian? (yaitu) sebarkanlah salam"
HR. Muslim, No.54.

10. MENCINTAI KERANA ALLAH

"Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman pada hari kiamat: (Di manakah
orang-orang yang mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Aku akan
menaunginya dalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain
naungan-Ku) " HR. Muslim, No. 2566.

11. MENZIARAHI ORANG SAKIT

"Tiada seorang muslim pun menziarahi orang muslim yang sedang sakit pada
pagi hari kecuali ada 70.000 malaikat bershalawat kepadanya hingga ke
petang , dan apabila ia menjenguk pada petang harinya mereka akan
shalawat kepadanya hingga ke pagi dan akan diberikan kepadanya sebuah
taman di syurga" HR. Tirmidzi, No. 969.

12. MEMBANTU MELUNASI HUTANG

"Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah
akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat" HR. Muslim, No.2699.

13. MENUTUP AIB ORANG LAIN

"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali
Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat" HR. Muslim, No. 2590.

14. MENYAMBUNG SILATURRAHIM

"Silaturrahim itu tergantung di `Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata:
"Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan
dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan
hubungan dengannya"
HR. Bukhari, Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim, No. 2555.

15. BERAKHLAK YANG BAIK

"Rasulullah SAW ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan
manusia ke dalam syurga, maka beliau menjawab: "Bertakwa kepada Allah
dan berbudi pekerti yang baik"
HR. Tirmidzi, No. 2003.

16. JUJUR

"Hendaklah kalian berlaku jujur kerana kejujuran itu menunjukan kepada
kebaikan, dan kebaikan menunjukan jalan menuju syurga"
HR. Bukhari Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim., No. 2607.

17. MENAHAN MARAH

"Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak
pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan
menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai" HR. Tirmidzi, No.
2022.

18. MEMBACA DOA PENUTUP MAJLIS

"Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di
dalamnya kegaduhan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca doa:

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa Tidak
ada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun
dan bertobat kepada-Mu) melainkan ia akan diampuni dari dosa-dosanya
selama ia berada di majlis tersebut"
HR. Tirmidzi, Juz III/No. 153.

19. SABAR

"Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka,
kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan walaupun hanya
duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya
kesalahan-kesalahan nya" HR. Bukhari, Juz. X/No. 91.

20. BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA

"Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka...! Kemudian ditanyakan:
Siapa ya Rasulullah?, beliau bersabda: (Barangsiapa yang mendapati kedua
orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia tidak
bisa masuk syurga))" HR. Muslim, No. 2551.

21. BERUSAHA MEMBANTU PARA JANDA DAN MISKIN

"Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir miskin sama halnya
dengan orang yang berjihad di jalan Allah" dan saya (perawi-pent)
mengira beliau berkata: (Dan seperti orang melakukan qiyamullail yang
tidak pernah jemu, dan seperti orang berpuasa yang tidak pernah berbuka"
HR. Bukhari, Juz. X/No. 366.

22. MENANGGUNG BEBAN HIDUP ANAK YATIM

"Saya dan penanggung beban hidup anak yatim itu di syurga seperti
begini," seraya Rasullah SAW menunjukan kedua jarinya: jari telunjuk dan
jari tengah.HR. Bukhari, Juz. X/No. 365.

23. WUDHU

"Barangsiapa yang berwudhu, kemudian ia memperbagus wudhunya maka
keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya, hingga keluar dari ujung kukunya"
HR. Muslim, No. 245.

24. BERSYAHADAT SETELAH BERWUDHU

(Barangsiapa berwudhu` lalu memperbagus wudhu`nya kemudian ia
mengucapkan:

(Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan yang haq selain Allah tiada sekutu
bagi-Nya, dan saya bersaksi bahwa Muhammad hamba dan utusan-Nya,Ya Allah
jadikanlah aku termasuk orang yang bertobat dan jadikanlah aku termasuk
orang-orang yang bersuci," maka dibukakan baginya pintu-pintu syurga dan
ia dapat memasukinya dari pintu mana saja yang ia kehendaki"
HR. Muslim, No. 234.

25. MENGUCAPKAN DOA SETELAH AZAN

"Barangsiapa mengucapkan doa ketika ia mendengar seruan azan:


(Ya Allah pemilik panggilan yang sempurna dan solat yang ditegakkan,
berilah Muhammad wasilah (derajat paling tinggi di syurga) dan
kelebihan, dan bangkitkanlah ia dalam kedudukan terpuji yang telah
Engkau janjikan kepadanya) maka ia berhak mendapatkan syafa`atku pada
hari kiamat"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 77.

26. MEMBANGUN MASJID

"Barangsiapa membangun masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah maka
dibangunkan baginya yang serupa di syurga" HR. Bukhari, No. 450.

27. BERSIWAK
"Seandainya ia tidak mempersulit umatku nescaya saya perintahkan mereka
untuk bersiwak pada setiap solat" HR. Bukhari II/No. 331 dan HR. Muslim,
No. 252.

28. PERGI KE MASJID

"Barangsiapa berangkat ke masjid pada waktu pagi atau petang, nescaya
Allah mempersiapkan baginya tempat persinggahan di syurga setiap kali ia
berangkat pada waktu pagi atau petang" HR. Bukhari, Juz. II/No. 124 dan
HR. Muslim, No. 669.

29. SOLAT LIMA WAKTU

"Tiada seorang muslim kedatangan waktu solat fardhu kemudian ia
memperbagus wudhunya, kekusyukkannya dan rukuknya kecuali hal itu
menjadi pelebur dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya selama ia tidak
melakukan dosa-dosa besar. Dan yang demikian itu berlaku sepanjang masa"
HR. Muslim, No. 228.

30. SOLAT SUBUH DAN ASAR

"Barangsiapa solat pada dua waktu pagi dan petang (subuh dan ashar) maka
ia masuk syurga" HR. Bukhari, Juz. II/No. 43.

31. SOLAT JUMAAT

"Barangsiapa berwudhuk lalu memperindahnya, kemudian ia menghadiri solat
Jum`at, mendengar dan menyimak (khutbah) maka diampuni dosanya yang
terjadi antara Jumaat u dengan Jumaat yang lain dan ditambah lagi tiga
hari" HR. Muslim, 857.

32. SAAT DIKABULKANNYA PERMOHONAN PADA HARI JUMAAT

"Pada hari ini terdapat suatu saat bilamana seorang hamba muslim
bertepatan dengannya sedangkan ia berdiri solat seraya bermohon kepada
Allah sesuatu, tiada lain ia akan dikabulkan permohonannya"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 344 dan HR. Muslim, No. 852.

33. MENGIRINGI SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT RAWATIB

"Tiada seorang hamba muslim solat kerana Allah setiap hari 12 rakaat
sebagai solat sunat selain solat fardhu, kecuali Allah membangunkan
baginya rumah di syurga"
HR. Muslim, No. 728.

34. SOLAT 2 (DUA) RAKAAT SETELAH MELAKUKAN DOSA

"Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia berwudhuk dengan
sempurna kemudian berdiri melakukan solat 2 rakaat, lalu memohon ampunan
Allah, melainkan Allah mengampuninya" HR. Abu Daud, No.1521

35. SOLAT MALAM

"Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam"
HR. Muslim, No. 1163.

36. SOLAT DHUHA

"Setiap sendi dari salah seorang di antara kalian pada setiap paginya
memiliki kewajiban sedekah, sedangkan setiap tasbih itu sedekah, setiap
tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu
sedekah, memerintahkan kepada yang makruf itu sedekah dan mencegah dari
yang mungkar itu sedekah, tetapi semuanya itu dapat terpenuhi dengan
melakukan solat 2 rakaat dhuha" HR. Muslim, No. 720.

37. SELAWAT KEPADA NABI SAW

"Barangsiapa bershalawat kepadaku satu kali maka Allah membalas
shalawatnya itu sebanyak 10 kali" HR. Muslim, No. 384.

38. PUASA

"Tiada seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah
menjauhkannya (kerana puasa itu) dari neraka selama 70 tahun" HR.
Bukhari, Juz. VI/No. 35.

39. PUASA 3 (TIGA) HARI PADA SETIAP BULAN

"Puasa 3 (tiga) hari pada setiap bulan merupakan puasa sepanjang masa"
HR. Bukhari, Juz. IV/No. 192 dan HR. Muslim, No. 1159.

40. PUASA 6 (ENAM) HARI PADA BULAN SYAWAL

"Barangsiapa melakukan puasa Ramadhan, lalu ia mengiringinya dengan
puasa 6 hari pada bulan Syawal maka hal itu seperti puasa sepanjang
masa"
HR. Muslim, 1164.

41. PUASA ARAFAH

"Puasa pada hari Arafah (9 Dzulhijjah) dapat melebur (dosa-dosa) tahun
yang lalu dan yang akan datang" HR. Muslim, No. 1162.

42. PUASA ASYURA

"Dan dengan puasa hari Asyura (10 Muharram) saya berharap kepada Allah
dapat melebur dosa-dosa setahun sebelumnya" HR. Muslim,No. 1162.

43. MEMBERI HIDANGAN BERBUKA BAGI ORANG YANG BERPUASA

"Barangsiapa yang memberi hidangan berbuka bagi orang yang berpuasa maka
baginya pahala seperti pahala orang berpuasa itu, dengan tidak
mengurangi pahalanya sedikitpun" HR. Tirmidzi, No. 807.

44. SOLAT DI MALAM LAILATUL QADR

"Barangsiapa mendirikan solat di (malam) Lailatul Qadr kerana iman dan
mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
HR. Bukhari Juz. IV/No. 221 dan HR. Muslim, No. 1165.

45. SEDEKAH

"Sedekah itu menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api"
HR. Tirmidzi, No. 2616.

46. HAJI DAN UMRAH

Dari umrah ke umrah berikutnya merupakan kaffarah (penebus dosa) yang
terjadi di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan
baginya kecuali syurga" HR. Muslim, No. 1349.

47. BERAMAL SOLEH PADA 10 HARI BULAN DZULHIJJAH

"Tiada hari-hari, beramal soleh pada saat itu lebih dicintai Allah
daripada hari-hari ini, yaitu 10 hari pada bulan Dzulhijjah. Para
sahabat bertanya: "Dan tidak (pula) jihad di jalan Allah? Beliau
bersabda: "Tidak (pula) jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar
dengan jiwa dan hartanya kemudian ia tidak kembali lagi dengan membawa
sesuatu apapun"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 381.

48. JIHAD DI JALAN ALLAH

"Bersiap siaga satu hari di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia
dan seisinya, dan tempat pecut salah seorang kalian di syurga adalah
lebih baik daripada dunia dan seisinya" HR. Bukhari, Juz. VI/No. 11.

49. INFAQ DI JALAN ALLAH

"Barangsiapa membantu persiapan orang yang berperang maka ia (termasuk)
ikut berperang, dan barangsiapa membantu mengurusi keluarga orang yang
berperang, maka iapun (juga) termasuk ikut berperang" HR. Bukhari,
Juz.VI/No. 37 dan HR. Muslim, No. 1895.

50. MENYEMBAHYANGKAN MAYAT DAN MENGIRINGI JENAZAH

"Barangsiapa ikut menyaksikan jenazah sampai disolatkan maka ia
memperoleh pahala satu qirat, dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai
dikubur maka baginya pahala dua qirat. Lalu dikatakan: "Apakah dua qirat
itu?", beliau menjawab: (Seperti dua gunung besar)" HR. Bukhari, Juz.
III/No. 158.

51. MENJAGA LIDAH DAN KEMALUAN

"Siapa yang menjamin bagiku "sesuatu" antara dua dagunya dan dua
selangkangannya, maka aku jamin baginya syurga"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 264 dan HR. Muslim, No. 265.

52. KEUTAMAAN MENGUCAPKAN LAA ILAHA ILLALLAH DAN SUBHANALLAH WA BI
HAMDIH
"Barangsiapa mengucapkan:

((لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيْرٌ)) sehari seratus kali, maka baginya seperti memerdekakan 10 budak,
dan dicatat baginya 100 kebaikan,dan dihapus darinya 100 kesalahan,
serta doanya ini menjadi perisai baginya dari syaithan pada hari itu
sampai petang. Dan tak seorangpun yang mampu menyamai hal itu, kecuali
seseorang yang melakukannya lebih banyak darinya". Dan beliau bersabda:
"Barangsiapa mengucapkan: ( Subhanallah wa Bi Hamdih) satu hari 100
kali, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 168 dan HR. Muslim, No. 2691.

53. MENYINGKIRKAN GANGGUAN DARI JALAN

"Saya telah melihat seseorang bergelumang di dalam kenikmatan syurga
dikeranakan dia memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang mengganggu
orang-orang" HR. Muslim.

54. MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

"Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan, di mana ia melindungi,
menyayangi, dan menanggung beban kehidupannya maka ia pasti akan
mendapatkan syurga" HR. Ahmad dengan sanad yang baik.

55. BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN

"Ada seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu kerana
kehausan maka orang itu mengambil sepatunya dan memenuhinya dengan air
kemudian meminumkannya pada anjing tersebut, maka Allah berterimakasih
kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga" HR. Bukhari.

57. MENINGGALKAN PERDEBATAN

"Aku adalah pemimpin rumah di tengah syurga bagi siapa saja yang
meninggalkan perdebatan padahal ia dapat memenangkannya" HR. Abu Daud.

58. MENGUNJUNGI SAUDARA-SAUDARA SEIMAN

Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang para penghuni syurga?
Mereka berkata: "Tentu wahai Rasulullah", maka beliau bersabda: "Nabi
itu di syurga, orang yang jujur di syurga, dan orang yang mengunjungi
saudaranya yang sangat jauh dan dia tidak mengunjunginya kecuali kerana
Allah maka ia di syurga") Hadits hasan, riwayat At-Thabrani.

59. KETAATAN SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMINYA

"Apabila seorang perempuan menjaga solatnya yang lima waktu, berpuasa di
bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya serta menaati suaminya maka ia
akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang ia kehendaki" HR. Ibnu
Hibban, hadits shahih.

60. TIDAK MEMINTA-MINTA KEPADA ORANG LAIN

"Barangsiapa yang menjamin dirinya kepadaku untuk tidak meminta-minta
apapun kepada manusia maka aku akan jamin ia masuk syurga"
Hadits shahih, riwayat Ahlus Sunan.


Judul Asli: 60 باباً من أبواب الأجر وكفارات الخطايا - دار الوطن
Diterjemahkan oleh: Abdurrauf Amak Lc

MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah
berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun
Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari
sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang',
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al
Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas
dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang
gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
w Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
w Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
w Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
w Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
w Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
w Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
w Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
w Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
w Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam.
w Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun.
w Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
w Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
w Hari pertama Allah menciptakan alam.
w Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
w Hari pertama Allah menurunkan hujan.
w Allah menjadikan 'Arasy
w Allah menjadikan Luh Mahfuz.
w Allah menjadikan alam.
w Allah menjadikan Malaikat Jibril.
w Nabi Isa diangkat ke langit.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
v Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan
melapangkan hidupnya pada tahun ini.
v Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya
dalam kubur nanti.
v Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan
memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
v Menunjukkan jalan pada orang yang sesat. Fadilatnya - Allah akan
memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
v Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang
disapunya.
v Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil
sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua
fakir miskin di dunia ini.
v Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan
hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
v Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah
Taala."
v Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
v Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah
akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
v Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti
memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

v Puasa Sunat. LafazNiat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari
Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali
Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya
daripada neraka.
v Membaca (sekurangnya 70 kali) "Has biallahhu wa nik mal wa keel,
nikmal maula wa nikmannaseer <Cukuplah Engkau(Allah) tempat aku
berpeganag. Engkau sebaik-baik tempatku berpegang dan tempatku
meminta pertolongan>". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
v Sembahyang sunat empat rakaat dengan dua salam. Fadilatnya - Allah
akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya. Lafaz niat: "Usolli sunnatal 'Asyuura rak'ataini
lillaahi ta'aala <Sahaja aku sembahyang sunat Asyura dua rakaat
kerana Allah Taala>." Pada rakaat pertama dan kedua selepas
Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. Selepas itu, elok di baca
doa Hari 'Asyura : "Subhanallaahi mil-ul miizaan, wamuntahal
'ilmi wamablaghar ridhaa wazinatal 'arsyi laa manjaa-a minallaahi
illaa ilaih. Subhaanallaahu 'adadasy syaf 'i walwatri wa- 'adada
yaa arhamar raahimiin. Walaa haula walaa quwata illaa billaahil
maulaa wani'man naseer <Maha Suci Allah sepenuh timbangan,
sejauh ilmu, sebanyak keredhaan, setimbang `Arasy, tidak ada
tempat berlepas dan bersandar hanya kepada Allah. Maha Suci
Allah sebanyak tunggal dan yang sejodoh, yang kuasa hanya Engkau
Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Cukuplah Engkau tempat aku
berpegang. Engkau sebaik-baik tempatku berpegang dan tempatku
meminta pertolongan>"
##### Wassallam ##

Khamis, 9 Disember 2010

KISAH BENAR - 7 KALI NAIK HAJI TAK DAPAT LIHAT KA'ABAH

LAHAULAWALA QUWWATAILLABILLAH

Bacalah..... .sbg PERINGATAN kita bersama...

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan
nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang
kelima.Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang
dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka
memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah
disiapkan.

ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya
sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan
thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan
Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya
Allah".


Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu,
lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi
berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia
terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh
anaknya.

Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah
ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak
mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia
mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya.. Beberapa minit yang
lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki
Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak
yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah.. Ia shalat memohon ampunan-Nya.
Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap
rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala
kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang
sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan
menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali
membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak
kepadanya. Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali
dibutakan didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan
symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat
Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun
berikutnya. Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di
Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.

Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu
berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis
fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan
Ka'bah.. Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu
normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga
mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya,
sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk
dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim
ulama, yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal
kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat).. Tanpa
kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia
pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu
mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu
menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah
kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi
tersebut.

Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon
ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah
suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali,
mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa
lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap
terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. . "Anda
harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah
senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian
dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi
ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah
menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat
di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya.
"Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong
ulama itu.

"Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara
saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut.. Ia
tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

"Disana..... " sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana
tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang
menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya
perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan
mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah
"Astagfirullah. ....." betapa tega wanita itu
menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan
anak. bayangkan, betapa banyak keluarga
yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah
tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.
Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.
Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam
masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh
dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?"
tanya ulama terperanjat.

"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa
banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada
tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan? "tanya ulama itu lagi sedikit kesal.
"Di rumah sakit, saya juga
melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia,"
kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir."
"Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud
menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas
sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan
tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan
benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya
memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan
lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti
terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya
dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu
seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu
dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar
pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak
marah.
"Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat
bantu anda. Saya angkat tangan"Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui
perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang
manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega,
begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan
sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun
kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian
ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia
mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah
telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. . Ia berharap Allah
akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang
kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi
keluarga Hasan di Mesir.

Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan
khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah
meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu
terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan
?". tanya ulama itu.

Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari
kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan
adalah peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian
dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras.
Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali.
Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu
berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah
yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.

Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang
menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh
terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan
perbuatan si mayat.

Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan
mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan
sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali.
Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan
saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang..

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak
tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur.
Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di
tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang
laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang
Mesir.
Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya
yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata
padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu
akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan
kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke
belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk,
kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi
pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi
dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan,
melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti
seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari
arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan
langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian
yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh
wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana
terbakar.

Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan
Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan
meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah
dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan,
apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu
meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun
dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan
hilang.
Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama
itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa,
semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan
ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun
perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh
Allah SWT.

Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi pelajaran bagi kita
semua.

Wang $50.00 atau $50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke
kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu
itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga
tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
memasukinya.

Selasa, 7 Disember 2010

Adakah Kita Ikhlas?

 
Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.
Antaranya :-
  1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
  2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
  3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
  4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
  5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
  6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
  7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
  8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
  9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
  10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)
Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.
 
Sama-samalah kita berdoa:
 
Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

Ahad, 5 Disember 2010

Pramugari Koma di Tanah Suci

Untuk renungan bersama ...

 Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

 Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

 Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

 Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

 Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit...

 Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

 Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

 Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

 Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

 Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
 Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

 "Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

 Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
 "Habis yang kakak pergi haji ini?"

 "Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

 "Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
 Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

 "Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

 "Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedinya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

 "Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

 Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

 Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

 Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

 Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

 Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

 Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

 Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

 Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

 "Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

 Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

 "Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

 "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

 Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

 "Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

 Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

 "Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

 "Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

 Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

  Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal....."

Itu dah terlambat.

Template by:
Free Blog Templates