Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Ramadhan: Peluang Seluas-luasnya dari Pencipta kepada hamba-hambaNya

Ramadhan 1435H Ramadhan adalah suatu bulan yang paling mulia dikurniakan oleh Allah untuk seluruh makhluk dibumi ini... Pintu rahmat dibuka, pahala dilipat gandakan, pintu keampunan terbuka luas, Al-quran diturunkan, dikurniakan pula Lailatul qadar dan segala perkara yang baik terkandung didalam bulan yang penuh barakah ini.     Dibulan ini, Allah memberi peluang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya untuk merebut setiap butir mutiara ini..  Sabda Rasulullah s.a.w : “(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”     (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)     Marilah kita sama-sama merebut pelua

Allah Nampak Apa Yang Kita Lakukan

Sibuk kejar kehidupan? Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak. Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet: "Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat." Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat." Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game. Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaik

Hikmah Bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT. Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT. Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal. Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam. Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya. Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT. Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah l

10 SEBAB SHALAT TIDAK DITERIMA

Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahwa terdapat 10 golongan manusia yang shalatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu : 1. Orang lelaki yang shalat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan shalat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya(taubat). 4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya. 6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak. 7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta angkara. 8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 9. Orang yang suka makan riba. 10. Orang yang shalatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. (HR Bukhari dan Muslim). Kitab (Tabyinul Mahaarim). Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Siapa yang memelihara shalat, maka shalat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak meme

Tragedi MH370 dan Hikmahnya Menurut Dr. Haron Din

Mari kita renungkan kata kata ulama yang tersohor ini. Semoga dirahmati Allah, Tuhan sekaliam alam Ini antara intipati kuliahnya selepas Maghrib: 1.Kembali kepada cara hidup islam.. Sistem Islam. Kembali kepada Allah. Insaflah yang kita sedang diuji Allah 2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal and aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah. 3. Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan2 hingga habis utk dijadikan tinta. Masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lg ilmu-Nya. 4.Dia bacakan ayat quran. Jangan makan dan minum yang haram. Maka kalau kita langgar, mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala. 5. Apa yg berlaku MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya. Allah hina