Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Emak Pergi Mana?

Sekadar renungan.... Buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun: "Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..." "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik? " "Sepuluh." "Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari...

Kisah Nabi Musa dan Pelacur

Diriwayatkan bahawasanya Nabi yg paling banyak berdialog (berbual) secara langsung dengan Allah ialah tidak lain dan tidak bukan Nabi Musa AS. Diberitakan pada suatu hari, telah datang seorang wanita bertemu dgn Baginda. Berikut adalah perbualan antara wanita tersebut dengan Baginda nabi Musa AS (kurang lebih) :- Wanita : Tuan, saya telah banyak membuat dosa² dan saya ingin bertaubat dari dosa² itu.. Nabi Musa AS : Apakah dosa² itu? Wanita : Untuk pengetahuan Tuan, saya adalah seorang bekas pelacur. Telah terlalu lama saya melacurkan diri saya. Dan juga telah banyak kali saya mengandungkan dan melahirkan anak luar nikah. Dan tahukan Tuan bahawa setiap kali saya melahirkan anak luar nikah itu, maka saya akan bunuh anak² itu dengan tangan saya sendiri. Kini saya telah insaf dan ingin bertaubat atas dosa² saya itu... Setelah mendengar pengakuan wanita itu, maka Baginda merasa teramat marah dan memarahi wanita tersebut :- Nabi Musa AS : Tahukah apa yg telah kamu lakukan w