Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Amalan Sebelum Mula Berpuasa

Seperti yang telah kita pelajari semasa Kuliah Zohor Ust. Ahmad Arum semalam, antara amalan yang digalakkan untuk kita beramal adalah seperti berikut: 1. Masa - Selepas solat Maghrib / Selepas pengumuman mulanya berpuasa, kita membaca : Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali berturut-turut. Bertakbir sebanyak 3 kali. Membaca doa (dilampirkan) - Terjemahan doa adalah seperti berikut : " Segala puji bagi Allah serta yang menjadikan engkau (bulan) dan mentakbirkan tempat turunnya dan menjadikan engkau satu alamat kepada sekian alam. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah ia keatas kami dengan keamanan dan keselamatan serta Islam. Tuhan ku dan Tuhan mu." 2. Di malam pertama Ramadhan, sila pastikan / wajibkan diri melakukan amalan-amalan di bulan Ramadhan iaitu: Solat Terawikh berjemaah Bertadarus Al Quran Betahajjud Bersahur Solat Fardu berjemaah Melakukan amalan-amalan di ata s (a - e) dimalam pertama Ramadhan akan memudahkan kita untuk berterusan beramal disep