Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel solat

10 SEBAB SHALAT TIDAK DITERIMA

Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahwa terdapat 10 golongan manusia yang shalatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu : 1. Orang lelaki yang shalat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan shalat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya(taubat). 4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya. 6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak. 7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta angkara. 8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 9. Orang yang suka makan riba. 10. Orang yang shalatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. (HR Bukhari dan Muslim). Kitab (Tabyinul Mahaarim). Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Siapa yang memelihara shalat, maka shalat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak meme...

Cara Solat Sunat Taubat

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat   Seperti yang pernah disiarkan oleh blog —  justkhai.com  beberapa minggu lalu, kami di Oh! Islam menyiarkan'nya kembali bagi memudahkan anda membuat rujukan. InsyaAllah suatu hari nanti, semua orang Islam akan memerlukan ini. Sumber rujukan:  Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa) Muhammad Isa Selamat ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: " Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar ." (At-Tahrim: 8.) Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: " Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Az-Zumar: 53) Syarat-syarat taubat   :   1.         Ikhlas ingin bertaubat   2.     ...

Kamu Solat Lima Waktu Tetapi...

Kamu sembahyang lima waktu tetapi ...... kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya. Kamu sembahyang lima waktu tetapi. ... kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu , membeli rumah , kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan. Kamu sembahyang lima waktu tetapi ..... kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu , menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti. Kamu sembahyang lima waktu tetapi .... kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , ...

Syaitan Membantu ke Masjid?

Seorang pemuda bangun pagi-pagi buta utk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, lagi, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda. Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya, lela...

Pray Hard, Work Smart

And remember the Name of your Lord every morning and afternoon (ie offering of the Fajr, Zuhr, and Asr prayers). And during night, prostrate yourself to Him (ie the offering of Maghrib and Isya' prayers) and glorify Him a long night through (ie Tahajjud prayer). Verily, these (disbelievers) love the present life of this world, and put behind them a heavy Day (that will be hard). Al-Insan: 25-27 _____________________________________________________________________________________ "Kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang pengurus bahagian sumber manusia. “Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau. “Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.” Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya mendengarnya. “Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya. “Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang...

Tarbiyah: Solat Lelaki dan Wanita

Perkara-perkara Berkaitan Sembahyang: Perbezaan antara Lelaki dan Perempuan (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Sembahyang fardhu lima waktu adalah tuntutan syara‘ yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Tidak ada perbezaan antara lelaki mahupun perempuan, baik dari segi tuntutan sembahyang itu mahupun dari segi syarat-syaratnya, rukun-rukunnya dan cara menunaikannya. Walau bagaimanapun, dalam keadaan-keadaan tertentu terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan sembahyang ini dikhususkan untuk perempuan yang telah digariskan oleh syara‘ yang membezakannya dengan lelaki. Perkara-perkara tersebut, antaranya: i. Azan Dan Iqamah Disunatkan bagi orang yang hendak mengerjakan sembahyang melakukan azan dan iqamah. Azan bagi orang yang sembahyang secara bersendirian hukumnya adalah sunat ‘ain. Manakala azan bagi mereka yang bersembahyang secara berjemaah hukumnya adalah ...

ELAKKAN PERKARA MAKRUH DALAM SOLAT

"Guard strictly (five obligatory) As-Salawat (the prayers) especially the middle Solat. And stand before Allah with obedience (and do not speak to others during the Solat (prayers))". Al Baqarah:238 _____________________________________________________________________________________ ELAKKAN PERKARA MAKRUH DALAM SOLAT (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Ibadat sembahyang terdiri daripada syarat-syarat, rukun-rukun, perkara-perkara sunat dalam sembahyang dan lain-lain lagi yang wajib dipelajari dengan mendalam oleh setiap muslim agar tidak akan berlaku kesilapan ketika melaksanakannya. Kesilapan yang dilakukan dalam sembahyang akan mendatangkan kerugian kerana ianya merosakkan kesempurnaan pahala sembahyang. Salah satu jalan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala sembahyang adalah dengan mengelakkan diri dari melakukan perkara makruh dalam sembahyang. Makruh ...

Solat dan Lima Jenis Manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita. Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2) Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat. Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup. * Jenis Pertama Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza. * Jenis Kedua Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.. Jadi, golongan ini sekejap bersolat, seke...

Solat Sunat Tarawikh: Hikmah dan Cara

Solat sunat muakkad berjamaah ialah; Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Khusuf dan Kusuf, Solat Sunat Istisqa’ dan Solat Sunat Tarawih. Solat Sunat Tarawih, (1) ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan). Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat. Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah. Kalau sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawih. Tidak ada hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti. HlKMAH Solat sunat tarawih (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini dilaksanakan dengan “berehat-rehat”, kerana ia biasanya dilakukan di masjid secara berjamaah. Maksud berhenti rehat adalah berhenti sekejap. Tujuan solat berehat-rehat untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka...

Fadhilat Solat Subuh

1. RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. 2. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. 3. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan...

Rahsia Solat Awal Waktu

Rahsia Solat Awal Waktu Ditulis oleh Ustaz Zahazan Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru mudayang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan S...

Baiki cara solat khas utk perempuan

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa. 2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat : 1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah. 2...

Pesanan Maulana Muhammad Saad Kandahlawi

Salam tuan-tuan semua....banyak nak di ceritakan tapi apakan daya, saya adalah insan yang lemah. Tapi saya cuba kongsikan serba yang termampu untuk mentarbiah diri kita semua, insyaallah. Bacalah dan hayatilah akan pesanan Maulana Muhammad Saad Kandahlawi yang merupakan cucu kepada Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi (Maulana Ilyas) (1885-1944). Tuan-tuan yang mulia, Satu perkara yang perlu kita yakin apabila umat ini secara Ijtimae (collectively) meninggalkan kerja menyeru kepada agama, maka umat akan meninggalkan agama dan tidak mampu untuk istiqamah dalam amalan. Ini adalah perkara yang hak. Tuan-tuan yang mulia, Hadrat Abdullah Jaafar r.a. buat usaha di Rome. Raja Rome telah tangkap mereka dan seru mereka kepada agama nasrani. Kalau mereka setuju setengah dari negara akan diserahkan kepada Hadrat Abdullah. Hadrat Abdullah berkata, 'Bukan setengah, malahan seluruh negara kamu, bahkan semua negara Arab diserahkan kepada kami untuk kami meninggalkan agama Nabi s.a.w. sekelip mata pu...

Siksanya tak Solat

Sahabat-sahabat semua di Al-Hikmah saya dahului dengan ucapan Assalamualaikum. Di harap anda semua dalam lindungan Allah sentiasa. Semalam ada ustaz kupas sebuah hadith di surau dan elok juga lah saya ceritakan serba sedikit mengenainya disini.Beliau memulakan bicara dengan berkata bahawa sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah swt akan mengurniakan lima keistimewaan. Pertama, akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya. Kedua, akan dihindarkan daripada azab kubur. Ketiga, dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan. Keempat, akan melintasi titian sirat sepantas kilat, dan, Kelima, akan memasukki syurga tanpa hisab. Cukup hebat sekali kepada sesiapa yang dapat menjaga solahnya secara sempurna disisi Allah swt. Ganjarannya cukup lumayan, bukan setakat ganjaran di akhirat sahaja tetapi di dunia dan di alam kubur juga.TAPI sesiapa yang meringan-ringankan solah, Allah swt akan menyeksannya dengan lima belas sek...