Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Bagaimana Wudhu' Zahir dan Batin?

Imej
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- * Bertaubat * Menyesali dosa yang telah dilakukan * Tidak tergila-gilakan dunia * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') * Tinggalkan sifat berbangga * Tinggalkan sifat khianat dan menipu * Meninggalkan sifa

Banyaknya Nikmat-Nikmat Allah s.w.t.

Dipagi Isnin ini cuaca masih panas seperti 3 minggu yang lalu. Semalam saya membaca sebuah keratan akhbar yang mengatakan bahawa cuaca panas ini di Malaysia akan berlarutan sehingga bulan September. Dirumah anak-anak mengeluh panas. Aircond sudah diservis dan menderum bunyi aircond tanpa henti dan malam semalam saya sengaja mematikan aircond tatkala jam 10 malam sewaktu anak-anak mula hendak masuk ke kamar tidur. Tak sampai 10 minit sikecil menjerit kepada kakaknya, "Kak, kenapa tutup aircond?" Kakaknya menjawap, "Kakak tak tutup lah". Bunyi bising mereka kedengaran sehingga ke ruang bawah. Lantas saya naik ke atas dan memanggil mereka bersama isteri dan pembantu rumah di ruang tamu di atas dan saya mula membaca taklem akhir dengan terjemahan ayat-ayat Al-Quran ini, surah Al-Kahfi. [Al-Kahfi ayat 109] Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuh

Fadhilat Sembahyang 2 Rakaat.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibril A.S. dengan bentuk yang cantik, dan Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat." Setelah itu, Jibril AS memandang dirinya sendiri dan berkata : "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?", Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "Tidak", Kemudian Jibril a.s. berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukurnya kepada Allah SWT dan setiap raka'at lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibril AS solat, maka Allah SWT pun berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya "MUHAMMAD". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya (walaupun) mereka itu mengerjakan solat dua rakaat ya

Rasulullah s.a.w. sebagai contoh atau role model

Zaman kebangkitan Islam hanya dapat dijadikan kenyataan jika umat Islam menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. sebagai contoh atau role model. Di zaman permulaan Islam ketika pengikut Nabi s.a.w. yang sedang menghadapi penganiayaan yang dahsyat, Allah s.w.t.menurunkan khabar suka mengenai kemenangan Islam. Musuh-musuh Islam yang mendengar wahyu itu telah mentertawakannya kerana pada pandangan mereka umat Islam tidak memiliki apa-apa kekuatan. Akhirnya mereka sendiri kehairanan dan bungkam apabila melihat betapa sempurnanya janji-janji Allah s.w.t.yang mendatangkan Qiamat kepada masyarakat jahilliah dan memulakan zaman baru yang penuh keberkatan di bawah pimpinan Yang Mulia Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam memperolehi kemenangan dan kejayaan bukan disebabkan kekuatan senjata, banyaknya harta, tingginya darjat tetapi dengan Keteguhan Iman dan kepatuhan mereka kepada Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. Kekuatan ini yang telah membolehkan mereka menghadapi penganiayaan, penentangan, ke

Al-Hikmah (Wisdom) and Islam

Al-Hikmah or wisdom means a total insight and having sound judgment concerning a matter or situation through understanding cause and effect phenomenal. Al-Hikmah constitutes one of the three major teachings of Prophet Muhammad (p). Verse 2:129 of the Qur'an, below, expresses Prophet Muhammad's mission with the three major categories: Al-Kitab (The knowledge of the Holy Qur'an), al-Hikmah (the wisdom) and al-Tazkiyah (the inner-self purification). Each category is dependent upon the other. These three fundamental teachings combined are the foundations required to make the character of a true Muslim.Read more detail on this definition at http://www.islamic-study.org/wisdom_(al-hikmah).htm"Our Lord! send among them an Apostle of their own, who shall rehearse Your signs to them and instruct them in the Holy Qur'an (al-Kitab) and wisdom (Hikmah), and sanctify them (yuzakeehim), for You are the Exalted in Might, the Wise."

DINAR DALAM MUAMALAT ISLAM

Islam mempunyai model ekonomi yang tersendiri. Model Islam bukannya kapitalis atau sosialis. Ia datang dari Al Quran dan Sunnah, sejarahnya selama 1400 tahun, dari permulaan Islam sehinggalah jatuhnya khilafah pada abad ke 20. Model Islam mempertahankan dan mengakui hak harta secara individu dan hak Allah ( waqaf ) dan mesti mengikut aqad – aqad yang dipersetujui oleh Islam. Mu’amalat Islam menggunakan barangan fizikal (a’in) sebagai wang. Dinar emas dan dirham perak telah diketahui sebagai matawang shari’ah. Kedua barangan ini ( emas dan perak ) mempunyai status istimewa kerana disebut dalam Al Quran dan menjadi kayu ukur dalam pekara asas dalam Islam seperti zakat dan pekara berkaitan dengan hudud. Dinar dan dirham adalah asas untuk mengekalkan kestabilan matawang. Matawang ini turun-naik tetapi ia tidak menyebabkan inflasi. Dinar dan dirham tidak menghadapi inflasi kerana ia tidak boleh diganti dengan wang hutang ( credit money ) kerana wang berdasarkan hutang tidak boleh digunakan

SATU PENJELASAN TERBAIK KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN PENDERITAAN

SEPERTI YG TELAH KITA LIHAT: ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA, ''SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.'' ' 'KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI. '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT B AYANG KAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''. SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI. SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNA

Adab Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak bolehmendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kitatidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapka

Renungan...

Sabda RasululLah S.A.W. yang bermaksud: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ILMU padanya, nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke Syurga". (Hadis Riwayat Muslim) Wallahu'alam

Memberi Salam Yang Betul

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM ..... Penerangan Ustaz Zawawi dalam IKIM.FM. Antara sunnah Rasulullah s.a.w. ialah bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh Waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh" Ringkasnya : Beri salam - "Assalamualaikum" Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh" Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "kirim salam Assalamualaikum pada ZIZAH ye" (contoh) Bukannya : "kirim salam kat ZIZAH ye" Dan bukannya "kirim salam maut". Statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Hati-hati dgn perkataan: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum" Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan, "Assalamualaiku

PETUA IMAM SYAFIE: 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan 1. Makan daging 2. Memakai haruman 3. Kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 2. Selalu cemas 3. Banyak minum air ketika makan 4. Banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. Duduk mengadap kiblat 2. Bercelak sebelum tidur 3. Memandang yang hijau 4. Berpakaian bersih Empat perkara merosakkan mata 1. Memandang najis 2. Melihat orang dibunuh 3. Melihat kemaluan 4. Membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3.. Bercakap dengan orang soleh 4. Bergaul dengan para ulama Empat Cara Tidur 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/t

7 Ayat-Ayat Cinta

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.. 1. Bismillahhirrahma nnirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 3. Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 5. Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 6. Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah. Wallahu'alam

Amalan Mandi

Mandi KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan kete

Waking up for Fajr Prayer...the Rewards

Once upon a time.. A man woke up early in order to pray the Fajar prayer in the Masjid. He got dressed, made his ablution and was on his way to the Masjid. On his way to the Masjid, the man fell and his clothes got dirty. He got up, brushed himself off, and headed home. At home, he changed his clothes, made his ablution, and was again, on his way to the Masjid. On his way to the Masjid, he fell again and at the same spot! He, again, got up, brushed himself off and headed home. At home he, once again, changed his clothes, made his ablution and was on his way to the Masjid. On his way to the Masjid, he met a man holding a lamp. He asked the man of his identity and the man replied ‘I saw you fall twice on your way to the Masjid, so I brought a lamp so I can light your way.' The first man thanked him profusively and the two where on their way to the Masjid. Once at the Masjid, the first man asked the man with the lamp to come in and pray Fajr with him. The second man refused. T

Allah Hanya Memanggil Kita 3X Sahaja Seumur Hidup

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ Peace be upon you. Renung-renungkan dan selamat beramal.... Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu. 'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku berUmrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..' Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?' Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala. 'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas

Salam Sejahtera

Harap kita semua dapat manfaat dari blog yang diutarakan oleh saya ini