Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Tidur Selepas Asar: Apa Hukumnya?

"Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri". Kedudukan Hadis: Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[Silsilah al Ahadith ad Dhaifah wa al Maudhu'ah - al Albani - hadis no. 39 dan Dhaif al Jami' al Shaghir - hadis no. 5861]. Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah didhaifkan oleh al Haithami [Majma' al Zawaaid - al Haithami - hadis no. 8254]. Ulasan: Setahu penulis, tidur selepas Asar belum dibuktikan kemudharatannya dari segi perubatan. Kalaulah sekiranya dapat dibuktikan dari segi perubatan bahawa perbuatan ini memberikan kesan kepada akal manusia, maka kita akan menyatakan bahawa ia dilarang berhujahkan kenyataan dari aspek perubatan tersebut dan bukannya berhujahkan hadis yang tidak sahih ini. Hadis dhaif dan palsu tetap tidak boleh dijadikan hujah atau dalil untuk melarang sesuatu perkara yang asalnya tidak