Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Siksanya tak Solat

Sahabat-sahabat semua di Al-Hikmah saya dahului dengan ucapan Assalamualaikum. Di harap anda semua dalam lindungan Allah sentiasa. Semalam ada ustaz kupas sebuah hadith di surau dan elok juga lah saya ceritakan serba sedikit mengenainya disini.Beliau memulakan bicara dengan berkata bahawa sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah swt akan mengurniakan lima keistimewaan. Pertama, akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya. Kedua, akan dihindarkan daripada azab kubur. Ketiga, dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan. Keempat, akan melintasi titian sirat sepantas kilat, dan, Kelima, akan memasukki syurga tanpa hisab. Cukup hebat sekali kepada sesiapa yang dapat menjaga solahnya secara sempurna disisi Allah swt. Ganjarannya cukup lumayan, bukan setakat ganjaran di akhirat sahaja tetapi di dunia dan di alam kubur juga.TAPI sesiapa yang meringan-ringankan solah, Allah swt akan menyeksannya dengan lima belas sek

Kewajipan Berwasiat dan Bertaubat Sebelum Tidur

Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan. "Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu. "Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu. "Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut." Demikian doa dan istighfar para nabi