Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

10 Amalan dalam Budaya Kita yang Terbalik dengan Islam

Alhamdulillah.....peringatan sebeginilah yang amat penting dalam zaman kita skrg ni.....InsyaAllah, kita akan renung2kan dan amalkan...tinggalkan yang telah menjadi amalan terbalik kita selama ini. Terima kasih atas peringatan ini. Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Ke...

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat  diriku   yang sering terlepas pandang.  Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan  buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak  kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:   "Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya.   "Mana bapak?"   "Bapak pergi kerja..."   "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi  dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik? " "Sepuluh." "Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan."   "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh."   "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak...

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya. Saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya. Cerita yang saya dengar itu begini: Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT. Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia m...

Doa Elak Belenggu Hutang

Apa khabar? Semoga anda dapat mengamalkan doa berikut untuk mengelakkan diri dari belenggu hutang. "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kerunsingan dan dukacita; aku berlindung dengan-Mu dari kelemahan dan kemalasan; aku berlindung dengan-Mu dari perasaan penakut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu dari belenggu hutang dan kekasaran orang."

16 Tanda-Tanda Kematian Mulia

Satu fakta yang benar, semua manusia akan mati, walau sehebat mana dia di dunia ni. Semua nak mati dalam keadaan baik. Kematian bagaimanakah yang dipanggil kematian yang baik itu?      Bicara Agama – 16 Tanda-Tanda Kematian Mulia | Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah' ? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah atau kematian yang baik ini . Antara tanda mati husnul khatimah ialah: 1.         Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: " Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga. " ( Hadis Riwayat Hakim )   2.         Ketika wafat dahinya berkeringat . Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib . Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun did...

Hidup hanya 3 Hari + 2 Nafas

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga. Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan sy...

Cara Solat Sunat Taubat

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat   Seperti yang pernah disiarkan oleh blog —  justkhai.com  beberapa minggu lalu, kami di Oh! Islam menyiarkan'nya kembali bagi memudahkan anda membuat rujukan. InsyaAllah suatu hari nanti, semua orang Islam akan memerlukan ini. Sumber rujukan:  Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa) Muhammad Isa Selamat ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: " Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar ." (At-Tahrim: 8.) Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: " Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Az-Zumar: 53) Syarat-syarat taubat   :   1.         Ikhlas ingin bertaubat   2.     ...

Cahaya Muka Nabi Muhammad S.A.W

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu !" Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat ?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : " Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad." KIJANG DAN ANAKNYA Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam k...

Menjelang Peringatan Kelahiran Agung

Dari Anas ibnu Malik r.a meriwayatkan: Maksudnya: Postur tubuh Rasullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak pendek, Kulit beliau tidak terlalu putih dan tidak gelap. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak lurus tergerai. Allah swt mengutus beliau, sebagai rasul, ketika beliau memasuki usia yang keempat puluh. Beliau tinggal di Mekah selama sepuluh tahun dan di Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh tiga, sementara uban di rambut dan janggut beliau tidak sampai dua puluh helai. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad)