Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Cara Solat Sunat Taubat

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat   Seperti yang pernah disiarkan oleh blog —  justkhai.com  beberapa minggu lalu, kami di Oh! Islam menyiarkan'nya kembali bagi memudahkan anda membuat rujukan. InsyaAllah suatu hari nanti, semua orang Islam akan memerlukan ini. Sumber rujukan:  Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa) Muhammad Isa Selamat ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: " Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar ." (At-Tahrim: 8.) Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: " Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Az-Zumar: 53) Syarat-syarat taubat   :   1.         Ikhlas ingin bertaubat   2.     ...

Cahaya Muka Nabi Muhammad S.A.W

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu !" Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat ?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : " Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad." KIJANG DAN ANAKNYA Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam k...

Menjelang Peringatan Kelahiran Agung

Dari Anas ibnu Malik r.a meriwayatkan: Maksudnya: Postur tubuh Rasullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak pendek, Kulit beliau tidak terlalu putih dan tidak gelap. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak lurus tergerai. Allah swt mengutus beliau, sebagai rasul, ketika beliau memasuki usia yang keempat puluh. Beliau tinggal di Mekah selama sepuluh tahun dan di Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh tiga, sementara uban di rambut dan janggut beliau tidak sampai dua puluh helai. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad)