Satu fakta yang benar, semua manusia akan mati, walau sehebat mana dia di dunia ni. Semua nak mati dalam keadaan baik. Kematian bagaimanakah yang dipanggil kematian yang baik itu? Bicara Agama – 16 Tanda-Tanda Kematian Mulia | Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah' ? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah atau kematian yang baik ini . Antara tanda mati husnul khatimah ialah: 1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: " Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga. " ( Hadis Riwayat Hakim ) 2. Ketika wafat dahinya berkeringat . Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib . Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun did...