Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Allah Nampak Apa Yang Kita Lakukan

Sibuk kejar kehidupan? Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak. Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet: "Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat." Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat." Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game. Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaik...

Hikmah Bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT. Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT. Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal. Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam. Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya. Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT. Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah l...