Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk. 2 MAKAN GARAM Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir. 3. MINUM TANGAN KANAN Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri. 4. SESAAT DI JALAN ALLAH Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat" 5. LANGKAH KANAN Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan. 6. MAKAN TIGA JARI Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah. 7. JAMINAN ALLAH 3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi sala...

Sebuah kisah di zaman Amirul Mukminin Khalifah Umar Al Khattab

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنٱلرَّحِـــــــيمِ... السلام عليكم و رحمة الله و بركاته... اللهم صل و سلم على سيدنا محمد و على آله و صحبه اجمعين... ..Semoga kita semua diberi nikmat kesihatan/kekuatan dan dapat menjalankan amal ibadah dgn sempurna dan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan. Semoga Allah swt sentiasa teruskn hati2 kita dlm takwa dn istiqomah agar tetap pada jln yg benar hingga ke akhir hayat dan sentiasa dibawah rahmatnya.. Aamiiin..... "Sebuah kisah dizaman Amirul Mukminin Khalifah Umar Al Khattab, saat-saat akhir Umar Al Khattab" Pagi itu seperti pagi sebelumnya, sebelum azan subuh dilaungkan, Umar Al Khattab sudah berada di dalam masjid Nabi bagi mengerjakan sembahyang subuh berjemaah. Selepas azan subuh, ramai jemaah memenuhi ruang setiap saf, selesai saja iqamat, Umar Al Khattab tampil ke hadapan bagi menjadi imam. Di belakangnya iaitu saf hadapan, berdirinya Abu Lukluah, sebelah kirinya Hurmuzan. dan sebelah kanan pula Jafina. Para jemaah bersedia ...

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

☝ Apabila tiba bulan Ramadhan,,, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi... 👉 Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan... 👉 Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka... 👉 Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz... ☝ Apabila roh dibenarkan pulang,,, 👉 perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka... 👉 Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka,,, 👉 orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka... 👉 Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri... ☝ Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfu...

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Persoalan Tentang Hukum Puasa dan Terawikh di Bulan Ramadhan oleh Ustaz Azhar Idrus 1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga? Tak batal 2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa? Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram. 3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya? Sunat berhias diri pada hari raya. 4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir? Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah. 5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan? Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan. 6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak? Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan. 7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa? Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit. 8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang. Batal pua...

Perkongsian Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki

A very good sharing by a friend 👇 Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi menagutip dana pembinaan sekolah. Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki"yg dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN. Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa. Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki. 1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah tmbh rakaat..makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT 2. Tahajjud. Bangunlah menunai...

Kelebihan Amalan Sedekah

Amalan sedekah sepatutnya menjadi amalan seharian kita. Berikut adalah rahsia yang anda patut tahu tentang sedekah ** 1 ** -PANJANG UMUR- Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” [HR Tabrani] ** 2 ** -ELAK BALA- Sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” [HR Al-Baihaqi] ** 3 ** -HAPUS DOSA- Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.” [HR Ahmad, At-Tirmidzi] ** 4 ** -HARTA BERTAMBAH- Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan, bahkan akan bertambah, akan bertambah, akan bertambah." [HR Tirmizi] ** 5 ** -TAMBAH KASIH SAYANG- Sabda Rasulullah SAW: "Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) itu adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan ...

Hukum Zikir Menari Menurut Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Hukum Zikir Menari Melentuk Lentuk Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh. Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih. Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-‘Imran ayat 191). Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya. Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pern...

Makna Bacaan dalam Solat Fardhu

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Termasuklah saya.. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat. Takbiratul-Ihram / Takbir : Allah Maha Besar. Doa Iftitah: Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah: Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai har...

Antara Cicakman dan Hukum Islam

Kenapa Cicakman? Bukan tak suka filem melayu. tapi cuba fikir, kenapa cicakman?? cicak??? cicak jadi superhero? tau tak apa cicak buat pada nabi ibrahim a.s. dan nabi muhammad s.a.w......sedih kan kita boleh angkat cicak sebagai superhero tapi org putih amik labah2 sebagai hero mereka....renung2kan lah... Kenapa cicak harus dibunuh?… 1] kerana dahulu kala ketika Nabi Ibrahim As dilemparkan ke dalam api, sesungguhnya semua haiwan-haiwan di muka bumi ini berusaha membantu Nabi Ibrahim As dengan cara memadamkan api tersebut. Namun cicak malah sebaliknya, dia malah meniup-niupkan apinya agar apinya semakin membakar tubuh Nabi Ibrahim As. Maka Rasulullah Saw memerintahkan kepada kita (selaku ummatnya) untuk selalu membunuh cicak! 2] Ada seekor cicak di dalam Gua Tsur yang sedang berbunyi kuat dan nyaring serta bergema. Mendengar suara cicak yang begitu kuat, para kaum kafir Quraisy yang sedang memburu Rasulullah Saw menjadi sangat yakin bahawa Rasulullah Saw bersembunyi di dalam Gua Tsur te...

Pembentangan Hudud Kelantan di Parlimen 2015

(Diterbitkan pada: Mac 18, 2015 13:13 MYT Dipetik dari Astro Awani) MB Kelantan selesai bentang pindaan enakmen hudud, ADUN UMNO sokong Irwan Muhammad Zain, Astro Awani Sidang DUN Kelantan ditangguhkan, MB selesai bentang pindaan enakmen hudud KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selesai membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini. Rang Undang-undang setebal 47 muka surat itu dibentangkan oleh Ahmad pada jam 11 pagi tadi dan turut mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, perbahasan pindaaan enakmen tersebut ditangguhkan hingga ke pagi esok. Jenis-jenis kesalahan hudud yang termaktub dalam pindaan itu ialah: 1. Sariqah (mencuri) 2. Hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan) 3. Zina termasuk liwat 4. Qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat) 5. Syurb (minum arak atau memabukkan) 6. Irtidad (murtad) ...

Kiamat Menurut Islam

Kiamat menurut Agama islam di tandai dgn beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai bribu2 muka surat x kan xbleh baca 5 mnit pnya masa untuk ini... - Kemunculan Imam Mahdi - Kemunculan Dajjal - Turunnya Nabi Isa (AS) - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur - Pintu pengampunan akan ditutup - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan - Pemusnahan/runtuhnya Kabah - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan ...

KENAPA GST HARAM?

(Hujah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan YADIM). Zaharudin Muhammad 15 November 2013. Mukadimah Artikel ini memberikan penjelasan kepada umum kenapa GST adalah haram dan tidak bertepatan dengan sistem ekonomi Islam. Pihak Jakim dan YADIM melaluli pengarahnya, Dato' Dr. Asyraf Wajdi telah menyebut bahawa GST adalah halal tanpa mengemukakan hujah yang kuat dan jelas. Di dalam syariat, hukum asal cukai adalah haram, maka pihak yang mendakwa halal mestilah mengemukakan hujah yang kuat bagi menunjukkan ianya halal dan harus. Maka pihak YADIM dan Majlis Fatwa bertanggungjawab mengemukakan dalil dan bukti harus mengambil wang orang ramai atas nama GST. Ia tidak sama dengan hukum makanan, di mana hukum asalnya yang halal, maka pihak yang mendakwa haram bertanggungjawab mengemukakan dalil dan bukti haram. Justeru, Islam mempunyai sistem cukainya yang tersendiri. Sumber kepada sistem percukaian Islam ialah al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW, ijmak dan kias. Ia telah diturunkan bukan sahaja adi...