Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

Suatu Saat Nanti, Umat-ku akan Terhalang untuk Melakukan Perkara-perkara Baik

MAKA, BENARLAH KATA ALLAH DAN NABI. "Suatu saat nanti, umat-Ku akan terhalang untuk melakukan perkara-perkara baik." Dan inilah zamannya, yang sedang kita lalui. Kawan, Lupakan sebentar asbab wabak atau SOP. Sesekali, pandang realiti. Ya. Kita sedang melaluinya. Akhir zaman yang makin sukar dan rumit. Nak buat baik makin susah. Nak ibadah juga makin payah. Fitnah usah cakap. Siang malam terjadi. Nak solat di masjid, boleh jatuh fitnah. Nak buat haji dan umrah, makin payah. Nak ziarah jiran sebelah rumah pun, kena fikir berkali-kali. Jadi takut tak sudah-sudah. Takut bawa penyakit. Takut dijangkiti. Takut kena kompaun. Takut kena fitnah. Buat itu, buat ini, semua kena fitnah. Fitnah belaka sekarang ini. Kawan, Jaga bekal kita bermula saat ini. Gunakan masa lockdown ini untuk renung dan baiki diri. Persiapkan amal untuk PULANG. Kena sayang diri sendiri. Jasad yang Allah pinjamkan ini, suatu saat akan dikebumi. Sebesar apapun sayang orang pada kita, mereka tetap akan tinggalkan....

Doa Arafah

Imej
DOA ARAFAH  Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah: 1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus 2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami. 3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.   Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw). 4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus. 5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu. 6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu. 7.   Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku....