Siksanya tak Solat
Sahabat-sahabat semua di Al-Hikmah saya dahului dengan ucapan Assalamualaikum. Di harap anda semua dalam lindungan Allah sentiasa. Semalam ada ustaz kupas sebuah hadith di surau dan elok juga lah saya ceritakan serba sedikit mengenainya disini.Beliau memulakan bicara dengan berkata bahawa sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah swt akan mengurniakan lima keistimewaan. Pertama, akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya. Kedua, akan dihindarkan daripada azab kubur. Ketiga, dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan. Keempat, akan melintasi titian sirat sepantas kilat, dan, Kelima, akan memasukki syurga tanpa hisab. Cukup hebat sekali kepada sesiapa yang dapat menjaga solahnya secara sempurna disisi Allah swt. Ganjarannya cukup lumayan, bukan setakat ganjaran di akhirat sahaja tetapi di dunia dan di alam kubur juga.TAPI sesiapa yang meringan-ringankan solah, Allah swt akan menyeksannya dengan lima belas sek...