Rabu, 10 Jun 2009

Siksanya tak Solat

Sahabat-sahabat semua di Al-Hikmah saya dahului dengan ucapan Assalamualaikum. Di harap anda semua dalam lindungan Allah sentiasa.

Semalam ada ustaz kupas sebuah hadith di surau dan elok juga lah saya ceritakan serba sedikit mengenainya disini.Beliau memulakan bicara dengan berkata bahawa sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah swt akan mengurniakan lima keistimewaan.

Pertama, akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
Kedua, akan dihindarkan daripada azab kubur.
Ketiga, dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
Keempat, akan melintasi titian sirat sepantas kilat, dan,
Kelima, akan memasukki syurga tanpa hisab.

Cukup hebat sekali kepada sesiapa yang dapat menjaga solahnya secara sempurna disisi Allah swt. Ganjarannya cukup lumayan, bukan setakat ganjaran di akhirat sahaja tetapi di dunia dan di alam kubur juga.TAPI sesiapa yang meringan-ringankan solah, Allah swt akan menyeksannya dengan lima belas seksaan. Astagfirullah. Awas kita!Yang mana akan terbahagi kepada beberapa bahagian. Lima seksaan di dunia ini, tiga seksaan ketika meniggal dunia, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur.

Seksaan semasa di dunia ialah:
Pertama, dicabut keberkatan umurnya.
Kedua, dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
Ketiga, Allah swt tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya.
Keempat, doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima).
Kelima, dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.


Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah:
Pertama, dia akan mati dalam keadaan hina.
Kedua, dia akan mati dalam keadaan lapar, dan,
Ketiga, dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.

Seksaan yang akan menimpanya ketika di dalam kubur ialah:
Pertama, kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain.
Kedua, api akan dinyalakan di dalam kuburnya, dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam, dan,
Ketiga, seekor ular yang besar bernama Ashsyuja'ul-Aqra' akan dilepaskanke atasnya.
Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dna kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, "Aku Ashsyuja'ul-Aqra', Aku diperintah oleh Tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solah subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solah zohor hingga 'asr, kerana meninggalkan solah 'asr hingga maghrib, kerana meninggalkan solah maghrib hingga isyak, kerana meniggalkan solah isyak hingga subuh".

Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan terbenam ke dalam bumi sejauh 70 hasta. Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari kiamat. Manakala seksaan yang menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di padang mahsyar ialah:

Pertama, penghisabannya amat berat.
Kedua, dia dimurkai Allah swt, dan,Ketiga, dia akan dimasukkan ke dalam nerakaDalam satu riwayat yang lain disebut bahawa mereka yang melalaikan solah, pada hari kiamat akan datanag dalam keadaan pada muka mereka tertulis tiga baris tulisan.

Pertama, wahai orang yang mensia-siakan hak Allah swt.
Kedua, wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah swt, dan,
Ketiga, sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah swt, kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah swt.

Gerun bila mendengar hadith ini dan oleh itu marilah sama-sama kita menghayati hadith ini dan beramal dengannya insyaallah. Dan berdoa agar Allah memelihara kita, memberikan kita kekuatan untuk menerima kita diantara mereka-mereka yang dikurniakan lima keistimewaan seperti yang disebutkan diatas.Kita sampai-sampaikan hadith ini kepada semua keluarga dan rakan-rakan kita supaya mereka juga dapat beramal melaluinya, insyaAllah.Waallahua'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates