Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Renungan Jumaat: Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat....

Salam Jumaat, ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya. Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang m...

Maksud Hidup dan Keperluan Hidup

Minggu Maulidur Rasul ini marilah kita imbau kembali akan maksud kita dihidupkan di mukabumi Allah ini. Allah swt menciptakan seluruh makhluk yang ada pada 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi, serta yang berada di antara langit dan bumi. Dari makhluk yang terdahulu sampailah saat ini. Manusia dihadirkan di dunia ini mempunyai maksud dan tujuan. Manusia membuat sesuatu dan menginginkan manfaat dari apa yang dia buat, dan akan kesulitan melaksanakan suatu perintah tanpa ada contohnya, maka Allah swt memberikan conth siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Allah swt memberikan contoh bukan hanya seorang tetatpi beribu-ribu, dan dalam jangka waktu yang sangat panjang. Sejak zaman NAbi Adam as sampai Khatamun nabuyyin, Rasulullah saw. Orang orang yang berjaya adalah para Nabi as dan orang yang gagal adalah orang yang menentang Nabinya. Apabila manusia tidsak mengetahui maksud dan tujuan hiduonya, maka cara hidupnya pun akan salah. Orang yang tersesat dalam perjalanan namun dia mengetahui t...

Ingat Kematian Pendorong Beramal Soleh

Setiap manusia yang normal memahami bahawa suatu saat dia akan meninggalkan dunia yang fana ini. Sebahagian orang mungkin menganggap bahawa kematian itu sesuatu yang ngeri, tidak menarik malah menakutkan. Namun, walau apapun, setiap manusia pasti akan menempuh kematian. Demikianlah janji Allah s.w.t. Cuma masa dan cara kematian itu sahaja yang berbeza di antara manusia. Firman Allah s.w.t. bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa itu akan merasakan mati"(Surah Ali Imran : 185). Mengingati mati bukanlah bertujuan untuk melenyapkan kebahagiaan dan keseronokan hidup di dunia. Islam mengajarkan agar manusia banyak-banyak mengingati mati dengan harapan menjadi pendorong untuk aktif melakukan perkara kebajikan dan amal salih, kerana mengingat bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara, sedangkan akhiratlah kehidupan yang sebenar-benarnya lagi berkekalan. Hidup di dunia ini sebenarnya dijadikan Allah sebagai tempat untuk manusia beramal salih, berbakti dan beribadah kepada A...

Layak ke kita ni?

Saudaraku, Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad SAW sebagai penyampai risalah Allah SWT yang benar dan di redhai. Dan nanti di padang mahsyar, setiap umat islam pasti akan meminta syafa’at dari beliau SAW dan menginginkan berada di barisan beliau SAW. Namun, pengakuan tidaklah cukup sekadar pengakuan. Pasti yang mengaku umat beliau SAW akan berusaha mengikuti jejak beliau dengan jalan mengikuti sunnah-sunnah beliau dan senantiasa membasahi bibir ini dengan mendoakan beliau dengan cara memperbanyak bersalawat kepada beliau SAW. Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Muhammad SAW hingga salah seorang isteri beliau, Sayyidatina A’isyah RAD mengatakan bahwa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu Ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku keseharian beliau. Rasulullah SAW ada...

Di mana kah kita hari ni? Rasulullah menangis sepanjang malam....

Suatu malam Rasulullah saw menangis semalam suntuk. Beliau terus dalam keadaan solat hingga waktu Subuh sambil terus menerus membaca ayat berikut ini : “Jika Engkau seksa mereka, sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu. Dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau adalah Maha Perkasa lagi Bijaksana” “Ya Allah, jika Engkau mengazab mereka, maka Engkaulah penentunya, mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan Engkaulah adalah pemiliknya. Sedangkan pemilik berhak menghukum hambanya yang bersalah. Tetapi jika Engkau memaafkan mereka, maka sesungguhnya Engkau pulalah penentunya. Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maka Engkau pun berkuasa untuk memberi maaf. Engkau pun Maha Bijaksana, maka memaafkan mereka juga sesuai dengan kebijaksanaan-Mu “ (Bayanul Qur’an) Imam Adham rah.a diriwayatkan pernah pada suatu malam terus menerus membaca ayat : “Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa.” (QS. Yasin 59) Hikmah : Ayat ini mengandung makna bahwa pada hari kiamat...

Pesanan Imam Ghazali

Suatu hari Imam Ghazali bertanya kepada murid-muridnya: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1: Orang tua Murid 2: Guru Murid 3: Teman Murid 4: Kaum kerabat Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1: Negeri Cina Murid 2: Bulan Murid 3: Matahari Murid 4: Bintang-bintang Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ? Murid 1: Gunung Murid 2: Matahari Murid 3: Bumi Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf:...

Hanya Kerana Sebutir Kurma

Berdasarkan pengajaran yang kte dapat daripada cerita dibawah...sungguh aku terharu dan ingin memohon kepada semua kawan2 supaya menghalalkan apa sahaja yang terjadi diantara aku dan kamu semua termasuklah makan minum, barang2, atau kata2 janji yang tidak dikotakan...sesungguhnya kte tidak tahu bila & dimana kte akan berada selepas ini.....masing2 sudah ade kehidupan sendiri ... Hanya Kerana sebutir kurma Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tib...

6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaaku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang...

Hikmah Makanan Dalam Islam

Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”. Jintan Manis (anisun) Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati. Asparagus (hiyawn) Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak. Pisang (mawz) Pisang boleh menyejukkan...