Diam itu Lebih Baik

Assalamualaikum,


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
(Mutafaq 'alaih)


Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan,
tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . "

Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan
kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada
semua perkara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik.
"

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata
dengannya ? "

Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan