Amalan Sebelum Mula Berpuasa

Seperti yang telah kita pelajari semasa Kuliah Zohor Ust. Ahmad Arum semalam, antara amalan yang digalakkan untuk kita beramal adalah seperti berikut: 1. Masa - Selepas solat Maghrib / Selepas pengumuman mulanya berpuasa, kita membaca :

  1. Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali berturut-turut.
  2. Bertakbir sebanyak 3 kali.
  3. Membaca doa (dilampirkan) - Terjemahan doa adalah seperti berikut :
" Segala puji bagi Allah serta yang menjadikan engkau (bulan) dan mentakbirkan tempat turunnya dan menjadikan engkau satu alamat kepada sekian alam. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah ia keatas kami dengan keamanan dan keselamatan serta Islam. Tuhan ku dan Tuhan mu." 2. Di malam pertama Ramadhan, sila pastikan / wajibkan diri melakukan amalan-amalan di bulan Ramadhan iaitu:

  1. Solat Terawikh berjemaah
  2. Bertadarus Al Quran
  3. Betahajjud
  4. Bersahur
  5. Solat Fardu berjemaah
Melakukan amalan-amalan di atas (a - e) dimalam pertama Ramadhan akan memudahkan kita untuk berterusan beramal disepanjang bulan Ramadhan, Insyaallah. Wallahu A'lam.
Minta sebarkan kepada sahabat2 dan rakan2 sekalian Muslimin dan Muslimat

Jazakallahu Khoiron Kathira


AJK Dakwah PERKIWIRA
Jumaat, 29hb Julai 2011 / 27 Sya'ban 1432



"Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Beramal diBulan Ramadhan"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan