Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Puisi Ramadhan: Rindu Bertamu

Ya ALLAH... Rindunya aku padanya.. Antara dua belas yang kukenal.. Dia yang paling istimewa.. Sungguh istimewa.. Tidak kunafikan.. Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?.. Adakah dia rindu untuk menemuiku?.. Rindukah dia kepadaku?.. Aku selalu mensia-siakan kehadirannya.. Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh.. Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata.. Terkadang hatiku tidak tulus.. Sedangkan dia Kau kurniakan.. Dia yang Engkau tentukan.. Yang mentarbiyah aku.. Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH.. Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka.. Membersihkan hatiku dari noda yang silam.. Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu.. Berdosanya aku.. ALLAH Ya Rahim... Ampunilah aku.. Berikanlah aku peluang kali ini.. Untukku membetulkan apa yang aku silap.. Menampal mana yang terkoyak.. Aku rindukan dia Ya ALLAH.. Sebelum mataku rapat terpejam.. Izinkan aku mengecap bahagia bersamanya... Ramadhan...

Fadhilat Ramadhan

Fadhilat Bulan Ramadhan 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi) 2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi) 3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi) 4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang ...

Sinar Ramadhan 2013 Kembali Lagi

Sinar Ramadhan tiba lagi.... Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah swt kerana kita diberikan kesempatan dan peluang untuk berada dalam bulan yang penuh Barakah, Rahmat dan Maghfirah ini. Ramadhan adalah suatu bulan yang paling mulia dikurniakan oleh Allah untuk seluruh makhluk dibumi ini... Pintu rahmat dibuka, pahala dilipat gandakan, pintu keampunan terbuka luas, Al-quran diturunkan, dikurniakan pula Lailatul qadar dan segala perkara yang baik terkandung didalam bulan yang penuh barakah ini. Dibulan ini, Allah memberi peluang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya untuk merebut setiap butir mutiara ini.. Sabda Rasulullah s.a.w : “(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puas...