Fadhilat Sembahyang 2 Rakaat.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibril A.S. dengan bentuk yang cantik, dan Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat."

Setelah itu, Jibril AS memandang dirinya sendiri dan berkata : "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?", Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "Tidak", Kemudian Jibril a.s. berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukurnya kepada Allah SWT dan setiap raka'at lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibril AS solat, maka Allah SWT pun berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya "MUHAMMAD". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya (walaupun) mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan (walaupun) mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam dan dosa mereka pun besar juga, Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku".

Kemudian Jibril AS berkata : "Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbuhan ibadah mereka?" Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "Ya Jibril, akan aku memberikan Jannatul Ma'waa.

Setelah Jibril AS mendapat keizinan Allah SWT, maka pergilah Jibril AS dengan mengembangkan sayap dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah Malaikat Jibril AS selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh dibawah bayangan sebuah pohon serta bersujud: "Ya Tuhanku, apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiga, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah SWt berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Aku berikan kepada umat Muhammad (SAW) terhadap imbuhan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Berikut adalah Hadis Sahih Muslim yang berkaitan dengan solat:-

1. Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Para Malaikat datang berduyung-duyung kepada kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berhimpun semasa sembahyang Subuh dan sembahyang Asar. Kemudian naiklah orang yang bersama kamu. Lalu Tuhan bertanya kepada mereka walaupun Dia lebih mengetahui terhadap segala urusan mereka dengan pertanyaan: Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu ketika kamu meninggalkannya? Mereka menjawab: Kami meninggalkan mereka ketika mereka sedang bersembahyang dan ketika kami mendatangi mereka, mereka juga sedang bersembahyang.

2. Hadis Abu Musa r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mendirikan dua sembahyang yang menyejukkan iaitu Subuh dan Asar, maka dia akan masuk Syurga.

3. Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami, Rasul ikutan kami, Al-Quran Panduan kami, Jihad jalan Kami, Mati Syahid cita-cita tertinggi kami" . . . .Allahu Akhbar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan