Banyaknya Nikmat-Nikmat Allah s.w.t.

Dipagi Isnin ini cuaca masih panas seperti 3 minggu yang lalu. Semalam saya membaca sebuah keratan akhbar yang mengatakan bahawa cuaca panas ini di Malaysia akan berlarutan sehingga bulan September. Dirumah anak-anak mengeluh panas. Aircond sudah diservis dan menderum bunyi aircond tanpa henti dan malam semalam saya sengaja mematikan aircond tatkala jam 10 malam sewaktu anak-anak mula hendak masuk ke kamar tidur.

Tak sampai 10 minit sikecil menjerit kepada kakaknya, "Kak, kenapa tutup aircond?" Kakaknya menjawap, "Kakak tak tutup lah". Bunyi bising mereka kedengaran sehingga ke ruang bawah. Lantas saya naik ke atas dan memanggil mereka bersama isteri dan pembantu rumah di ruang tamu di atas dan saya mula membaca taklem akhir dengan terjemahan ayat-ayat Al-Quran ini, surah Al-Kahfi.

[Al-Kahfi ayat 109] Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).

[Al-Kahfi ayat 110] Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya".

Kemudian saya ceritakan sedikit mengenai nikmat-nikmat Allah kepada umat manusia. Sebenarnya nikmat-nikmat Allah terlalu banyak untuk diperkatakan. Betapa banyak nikmat yang kita telah sia-siakan dan berapa banyak nikmat yang telah kita gunakan untuk membuat usaha agama.

Usah pergi jauh, lihat sahaja diri kita sendiri mengenai nikmat-nikmat Allah s.w.t. Nikmat mata boleh melihat, nikmat hidung boleh menghidu, nikmat telinga boleh mendengar, nikmat mulut boleh makan, minum dan berkata-kata, nikmat tangan, nikmat kaki, nikmat berkahwin, nikmat berkeluarga dan sebagainya. Adakah kita setiap hari bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah s.w.t. ini? Kita tidak ingat ini semua.

Ambil sahaja satu nikmat yakni nikmat mata. Ada tak sesiapa yang nak jual mata mereka kepada orang lain? Nikmat ini cukup bernilai sampai tiada siapa yang sanggup untuk mengadaikannya atau memberikannya kepada orang lain. Betapa besarnya nikmat ini. Cuba kita tanya orang yang tidak upaya melihat. Mereka tentu sekali ingin mempunyai mata untuk melihat akan bumi Allah ini. Mereka tentu sekali mahukannya tetapi apakan daya, tiada siapa yang boleh memberikan penglihatan itu kecuali dengan kehendak Allah s.w.t.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat Allah s.w.t. ini. Begitu juga dengan cuaca yang panas kini. Semua ini ketentuan Allah s.w.t. Jangan kita mengeluh tetapi hendaklah kita bersyukur dan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. agar Dia memberikan kenikmatan dan udara yang nyaman walaupun dalam keadaan yang panas ini. Ini tidak mustahil kerana Allah yang menciptakan segala-galanya. Alhamdulillah sesetengah kita mempunyai Aircond di rumah dan juga menggunakan aircond di pejabat. Cuba bayangkan kepada mereka yang tidak mempunyai aircond malah tidak mempunyai kipas ataupun tidak mempunyai tempat berlindung. Oleh itu kita sentiasa kena bersyukur dan bersabar dalam segala sesuatu didalam kehidupan kita ini untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Kita ambil contoh sahabat-sahabat nabi. Kita perlu minta ampun kepada Allah s.w.t. "ya Allah, saya tidak bertawajjuh kepada mu Ya Allah". Apabila kita benar-benar meminta ampun, Allah akan ampunkan dosa kita. "Ya Allah tiada siapa yang boleh menunaikan hajat kami kecuali Engkau Ya Allah. Ya Allah turunkan hujan rahmat". Didalam dunia ini sesiapa boleh bercakap apa-apa pun tetapi dia tidak boleh menafikan kudrat Allah s.w.t. Apa-apa keperluan kita perlu minta kepada Allah.

Selepas itu anak-anak saya diam dan saya senyum kepada mereka. Kemudian mereka terus masuk tidur dan jam 1130 malam masa saya nak masuk tidur saya jenguk ke bilik-bilik mereka. Mereka telah lena dan saya pun menghidupkan kembali aircond-aircond dibilik mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan