Ahlan Ya Ramadhan!!

Assalamualaikum,
Selamat menerima kunjungan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,
Sebelum melangkah ke Ramadhan marilah kita baiki segala kekurangan dan kelalaian akhlak kita sebagai tamu Allah, kerana tidak mustahil Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita, Maka jangan lah sampai kita sia sia kan peluang ini.

Selamat datang wahai penghulu segala bulan. Bulan penuh barakhah yang disucikan Allah.Dibulan ini Allah menjanjikan hidangan istimewa kepada hambanya yang beriman.Hebatnya hidangan Allah hinggakan sesiapa pun yang melewati Ramadhan ini dengan sebaik baiknya , maka Allah menjamin keselamatan dunia dan akhirat.
Ramadhan merupakan sebuah kesempatan yang telah Allah berikan bagi kita untuk memperbaiki sikap dan perilaku kita. Jadi gunakan lah Ramadhan kali ini secara effektif guna meningkatkan kualiti ibadah kita sebab kita tidak tahu bila umur kita akan berakhir.Waktu terus berlalu dan umur kita dari hari kehari semakin berkurang.

Rugilah kita jika kita menyiakan perpindahan detik demi detik dibulan mulia ini tanpa amalan apapun. ramadhan ini amat berharga bagi kita sehingga kita harus memperhitungkan agar setiap ucapan,fikiran,dan perilaku kita menjadi amal soleh.

Oleh yang demikian, sempena dengan Ramadhan Al-Kareem ini, BAKTI menghidangkan aktiviti-aktiviti yang dapat melipat gandakan lagi pahala kita supaya kita tidak mensia-siakan Ramadhan ini... Diharap ikhwanul semua dapat mengutip mutiara-mutiara ilmu yang akan dihidangkan oleh ustaz dan ustazah dan kemudian mengamalkannya sebagai ibadah dan peringatan diri & keluarga seharian.

Akhir kalam, sebelum menyambut Ramadhan ini, saya bagi pihak AJK BAKTI ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika ada kesilapan kami semasa mengendalikan program-program BAKTI selama ini... Diharap ikhwanul semua menempuh kedalam madrasah Ramadhan ini dengan permulaan yang bersih dari dosa dan keluar dari Ramadhan juga dalam keadaan yang serupa.

"Ya Allah, berkatilah kami didalam Bulan Ramadhan ini dan pertemukanlah kami dengan seribu malam-Mu, LailatulQadr.."

...Wallahualam....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan