Kempen Mari Solat Berjemaah

Salam Nisfu Sya'ban
Labuhan tirai Nisfu Sya'ban akan menjelang pada Maghrib ini....
Sudah separuh syaaban kita lalui...
Dan penantian yang selama ini yang ditunggu-tunggu untuk menyambut
Ramadhan Mubarak yang dimuliakan oleh makhluk langit dan bumi...
BAKTI ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak ikhwanul semua
untuk mengimarahkan lagi Musolla kita dengan bersama-sama
bersolat jemaah pada waktu Zohor dan Asar dengan
mengutamakan solat diawal waktu sebagai persiapan diri dan iman kita
untuk menghadap Ramadhan Al-Barakah....
Marilah kita semua mengamalkan kembali
sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w,
yang menekankan solat jemaah dan solat di awal waktu...




Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda " Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apabila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat ."
( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan