Hari Asyura (10 Muharram)

Hari Asyura (10 Muharram)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah
berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda
tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh
orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w.
mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan
kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum
puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur
makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari
asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai
perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah,
Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun
bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka,
kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak
daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang
lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang
tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat
menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi
ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda,
"semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'),
kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah
jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan