Ramadhan: Peluang Seluas-luasnya dari Pencipta kepada hamba-hambaNya

Ramadhan 1435H



Ramadhan adalah suatu bulan yang paling mulia dikurniakan oleh Allah untuk seluruh makhluk dibumi ini... Pintu rahmat dibuka, pahala dilipat gandakan, pintu keampunan terbuka luas, Al-quran diturunkan, dikurniakan pula Lailatul qadar dan segala perkara yang baik terkandung didalam bulan yang penuh barakah ini.

    Dibulan ini, Allah memberi peluang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya untuk merebut setiap butir mutiara ini..  Sabda Rasulullah s.a.w : “(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”

    (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

    Marilah kita sama-sama merebut peluang ini, dan semoga kita diberi kekuatan, ketaqwaan dan keimanan untuk melakukan segala amal kebaikan dibulan Ramadhan ini dengan matlamat utamanya menjadi insan yang bertaqwa dan harus diingat, lakukanlah amalan-amalan itu bagaikan ini Ramadhan kita yang terakhir...

   
    Selamat menyambut Ramadhan Kareem... Semoga ibadah puasa dan amalan-amalan kita semua diterima oleh Allah. Ameen.

    AMAT SIA-SIA & RUGI MEREKA YANG MELALUI RAMADHAN NAMUN TIDAK MENDAPAT KEAMPUNAN! dan Anggaplah Ramadhan ini sebagai bulan saringan pelepasan ke Padang Masyar!

    Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

    (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan