Tragedi MH370 dan Hikmahnya Menurut Dr. Haron Din


Mari kita renungkan kata kata ulama yang tersohor ini. Semoga dirahmati Allah, Tuhan sekaliam alam

Ini antara intipati kuliahnya selepas Maghrib:

1.Kembali kepada cara hidup islam.. Sistem Islam. Kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal and aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3. Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan2 hingga habis utk dijadikan tinta. Masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lg ilmu-Nya.

4.Dia bacakan ayat quran. Jangan makan dan minum yang haram. Maka kalau kita langgar, mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5. Apa yg berlaku MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya. Allah hina negara kita dengan kejadian seperti ni.

6. Majoriti manusia tidak melihat peristiwa yg berlaku dengan mata hati, bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana byk maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita. kembali padaNya. Pohon maaf dan insaf.

7. Bila dah 3 ke 4 hari tidak jumpa baru nak ingat pada Allah. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati. Terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Dr Harun Din kata ikut pengalaman dia cuma Saudi Airline dan Brunei yg baca doa perjalanan sebelum penerbangan dimulakan

9. Kenapa kita tidak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di Malaysia ni.. banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat.Bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada org Islam yg menghalang... hingga 1 dunia melihat kebodohan dan kesyirikan yg berlaku di negara kita. Lihat dgn mata hati. Itu penghinaan Allah pada kita. - Mustaqimah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan