Catatan

Tidur Selepas Asar: Apa Hukumnya?

"Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri". Kedudukan Hadis: Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[Silsilah al Ahadith ad Dhaifah wa al Maudhu'ah - al Albani - hadis no. 39 dan Dhaif al Jami' al Shaghir - hadis no. 5861]. Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah didhaifkan oleh al Haithami [Majma' al Zawaaid - al Haithami - hadis no. 8254]. Ulasan: Setahu penulis, tidur selepas Asar belum dibuktikan kemudharatannya dari segi perubatan. Kalaulah sekiranya dapat dibuktikan dari segi perubatan bahawa perbuatan ini memberikan kesan kepada akal manusia, maka kita akan menyatakan bahawa ia dilarang berhujahkan kenyataan dari aspek perubatan tersebut dan bukannya berhujahkan hadis yang tidak sahih ini. Hadis dhaif dan palsu tetap tidak boleh dijadikan hujah atau dalil untuk melarang sesuatu perkara yang asalnya tidak...

KU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Ka...

Syaitan

When you carry the Qur'an, Syaitan gets a headache. When you open it, he collapses. When he sees you reading it, he faints. When he sees that you are living what you read, he flees. And when you are about to forward this message, he will try and discourage you.

Pesan Nabi Sebelum Tidur

Assalamualaikum… SEBELUM Tidur Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an , 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir , 3. Sebelum para muslim meredhoi kamu , 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh…. "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x ) Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x ) Beristighfarlah un...

Diam itu Lebih Baik

Assalamualaikum, Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." (Mutafaq 'alaih) Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. " Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. " Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku ...

Lepas Baca Pergilah Melihat Wajah Ibu & Bapa Anda. Apa perasaan anda?

Mari kita selusuri selengkar tragedi guna muhasabah diri bagi yang masih mempunyai ummi mahupun ummi yang telah aman di alam haribaan Ilahi Saya ingin kongsikan pula pengalaman seorang anggota bomba yang sering berhadapan dengan keadaan gawat lewat kemalangan ngeri dan bunyi geruh nafas akhir serta wajah-wajah kematian. Saya kongsikan cerita beliau; Pada satu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksima. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya. Di sebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ terkapit di antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat. Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapa...

Inikah Balasan Isteri Derhaka Suami?

Kisah ini saya petik dari suatu laman web. Kisahnya benar-benar menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan. Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan. "Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!" jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar. Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebalik...