Pesanan Utk Jiwa Yang ingin Berjaya

Banyak buku dan majlis ilmu yang saya ikuti menyatakan 'close monitoring' itu penting. Kalau saya di-offer untuk mendapat 'close monitoring' untuk berjaya - menggunakan apa sahaja resource sedia ada, saya pasti ingin sertai. Biarpun saya seorang trainer, saya suka mengikuti program 'close monitoring'. Ia pasti memberi nafas baru pada diri saya. Namun tiada siapa yang offer setakat ini. Kalau offer pun baru-baru ini, saya dikenakan yuran USD 15,000. Jadi saya tangguh dahulu. Itu yang menyebabkan saya berfikir begini.

Saya berfikir dan berniat sempena nak masuk bulan Ramadhan.

Target saya: membantu 30 orang secara close untuk SUKSES. SUCCESS. Secara close, bukan jauh-jauh.

Apakah maksud secara close? Maksudnya saya bukan hanya komen statusnya di Facebook. Bukan sekali sekala sahaja menegurnya di email. Bukan sekali sekali sahaja telefonnya walau di mana berada. Bukan sekadar Add Friend dan dibiarkan begitu sahaja. Bukan jumpa di program 2-3 hari sahaja. Bukan salam dan pergi sahaja. Saya bukan sekadar berlepas tangan sahaja.

'Close' bermaksud saya boleh gunakan ilmu yang sedikit dan resources yang dah dibina selama ini untuk membantu maksimum 30 orang tersebut. Saya target ia bermula 1 Ogos - 31 Oktober 2009.

Mengapa saya buat begini? Kerana kalau individu tersebut berjaya, saya juga berjaya. Kalau dia berjaya, dia boleh melatih orang lain untuk berjaya. Saya juga berjaya bersama semua yang berjaya.

Bidang apa yang saya akan fokuskan? Bidang self-development. Samada pelajar, jurutera, golongan profesional, guru, doktor, ibu, bapa , sesiapa sahaja. Saya yakin bila diri sudah dimajukan, ia akan memberi kesan kepada cara bekerja, cara belajar, berfikir, berperasaan, bertanggungjawab dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Saya harap jika anda membaca penulisan ini, anda berminat. Kalau anda tidak ada masa untuk BERJAYA, saya harap anda boleh recommend kepada rakan lain. Kalau dia berjaya, anda akan BERJAYA juga.

Tarikh tutup untuk perkara ini? Saya letakkan sehingga 5 Ogos 2009.

Jika anda ingin program berbayar dan structured, ada di sini MasterPIES 3

Mengapa saya yakin perkara ini penting? Pasal ramai yang perlukan close monitoring untuk berjaya. Tapi tak ramai yang sedar perlunya close monitoring atau tak ramai yang berani untuk mencari 'close monitoring'.

Jika saya tidak kenal anda, tidak mengapa. Malah saya alu-alukan. Yang penting, anda ingin berjaya.

Saya sudah berjayakah? Kalau anda ingin tahu jawapannya, saya akan beritahu jika anda ingin BERJAYA. Tapi kalau anda tidak mahu berjaya dan ingin bertanya soalan tersebut, saya akan beritahu jawapannya suatu hari nanti Insya-Allah.

Saya tulis artikel ini dalam bahasa Melayu agar saya dapat fokuskan kepada penutur bahasa Malaysia. Kalau tidak cukup 30 orang, barulah saya akan mencari di kalangan penutur bahasa lain.

Harap anda beritahu kawan anda yang ingin BERJAYA berita baik ini. Saya ingin menambah amal di bulan Ramadhan ini, Insya-Allah.

Jika anda membaca penulisan ini di Facebook, anda boleh sertai dengan meletakkan komen 'Saya ingin sertai'. Atau email saya (kalau anda tahu email saya)

Requirement: Jiwa yang ingin BERJAYA

Kalau anda tidak mahu sertai, tetapi mahu menjadi MENTOR kepada saya, saya juga suka. Sila komen atau email saya dan kita akan berkomunikasi. Tetapi perlu laksanakan 'Close Monitoring untuk Berjaya'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Amalan Zikir Harian Seminggu Isnin - Ahad

Soal Jawab Tentang Puasa (oleh Ustaz Azhar Idrus)

Tazkirah: Aidil Adha dan Pengorbanan Tiga Insan