Catatan

Bagaimana Wudhu' Zahir dan Batin?

Imej
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- * Bertaubat * Menyesali dosa yang telah dilakukan * Tidak tergila-gilakan dunia * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') * Tinggalkan sifat berbangga * Tinggalkan sifat khianat dan menipu * Meninggalkan sifa...

Banyaknya Nikmat-Nikmat Allah s.w.t.

Dipagi Isnin ini cuaca masih panas seperti 3 minggu yang lalu. Semalam saya membaca sebuah keratan akhbar yang mengatakan bahawa cuaca panas ini di Malaysia akan berlarutan sehingga bulan September. Dirumah anak-anak mengeluh panas. Aircond sudah diservis dan menderum bunyi aircond tanpa henti dan malam semalam saya sengaja mematikan aircond tatkala jam 10 malam sewaktu anak-anak mula hendak masuk ke kamar tidur. Tak sampai 10 minit sikecil menjerit kepada kakaknya, "Kak, kenapa tutup aircond?" Kakaknya menjawap, "Kakak tak tutup lah". Bunyi bising mereka kedengaran sehingga ke ruang bawah. Lantas saya naik ke atas dan memanggil mereka bersama isteri dan pembantu rumah di ruang tamu di atas dan saya mula membaca taklem akhir dengan terjemahan ayat-ayat Al-Quran ini, surah Al-Kahfi. [Al-Kahfi ayat 109] Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuh...

Fadhilat Sembahyang 2 Rakaat.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibril A.S. dengan bentuk yang cantik, dan Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat." Setelah itu, Jibril AS memandang dirinya sendiri dan berkata : "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?", Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "Tidak", Kemudian Jibril a.s. berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukurnya kepada Allah SWT dan setiap raka'at lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibril AS solat, maka Allah SWT pun berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya "MUHAMMAD". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya (walaupun) mereka itu mengerjakan solat dua rakaat ya...

Rasulullah s.a.w. sebagai contoh atau role model

Zaman kebangkitan Islam hanya dapat dijadikan kenyataan jika umat Islam menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. sebagai contoh atau role model. Di zaman permulaan Islam ketika pengikut Nabi s.a.w. yang sedang menghadapi penganiayaan yang dahsyat, Allah s.w.t.menurunkan khabar suka mengenai kemenangan Islam. Musuh-musuh Islam yang mendengar wahyu itu telah mentertawakannya kerana pada pandangan mereka umat Islam tidak memiliki apa-apa kekuatan. Akhirnya mereka sendiri kehairanan dan bungkam apabila melihat betapa sempurnanya janji-janji Allah s.w.t.yang mendatangkan Qiamat kepada masyarakat jahilliah dan memulakan zaman baru yang penuh keberkatan di bawah pimpinan Yang Mulia Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam memperolehi kemenangan dan kejayaan bukan disebabkan kekuatan senjata, banyaknya harta, tingginya darjat tetapi dengan Keteguhan Iman dan kepatuhan mereka kepada Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. Kekuatan ini yang telah membolehkan mereka menghadapi penganiayaan, penentangan, ke...

Al-Hikmah (Wisdom) and Islam

Al-Hikmah or wisdom means a total insight and having sound judgment concerning a matter or situation through understanding cause and effect phenomenal. Al-Hikmah constitutes one of the three major teachings of Prophet Muhammad (p). Verse 2:129 of the Qur'an, below, expresses Prophet Muhammad's mission with the three major categories: Al-Kitab (The knowledge of the Holy Qur'an), al-Hikmah (the wisdom) and al-Tazkiyah (the inner-self purification). Each category is dependent upon the other. These three fundamental teachings combined are the foundations required to make the character of a true Muslim.Read more detail on this definition at http://www.islamic-study.org/wisdom_(al-hikmah).htm"Our Lord! send among them an Apostle of their own, who shall rehearse Your signs to them and instruct them in the Holy Qur'an (al-Kitab) and wisdom (Hikmah), and sanctify them (yuzakeehim), for You are the Exalted in Might, the Wise."

DINAR DALAM MUAMALAT ISLAM

Islam mempunyai model ekonomi yang tersendiri. Model Islam bukannya kapitalis atau sosialis. Ia datang dari Al Quran dan Sunnah, sejarahnya selama 1400 tahun, dari permulaan Islam sehinggalah jatuhnya khilafah pada abad ke 20. Model Islam mempertahankan dan mengakui hak harta secara individu dan hak Allah ( waqaf ) dan mesti mengikut aqad – aqad yang dipersetujui oleh Islam. Mu’amalat Islam menggunakan barangan fizikal (a’in) sebagai wang. Dinar emas dan dirham perak telah diketahui sebagai matawang shari’ah. Kedua barangan ini ( emas dan perak ) mempunyai status istimewa kerana disebut dalam Al Quran dan menjadi kayu ukur dalam pekara asas dalam Islam seperti zakat dan pekara berkaitan dengan hudud. Dinar dan dirham adalah asas untuk mengekalkan kestabilan matawang. Matawang ini turun-naik tetapi ia tidak menyebabkan inflasi. Dinar dan dirham tidak menghadapi inflasi kerana ia tidak boleh diganti dengan wang hutang ( credit money ) kerana wang berdasarkan hutang tidak boleh digunakan ...

SATU PENJELASAN TERBAIK KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN PENDERITAAN

SEPERTI YG TELAH KITA LIHAT: ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA, ''SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.'' ' 'KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI. '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT B AYANG KAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''. SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI. SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNA...